'Terima kasih suami, bukan semua yang bernama tiri itu jahat' - Shila Amzah

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Shila Amzah mengungkapkan rasa terima kasih kepada suaminya, Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai, 27, atas kasih dan tanggungjawab yang ditunjukkan terhadap anak mereka. 

Dalam hantaran media sosial, Shila mematahkan stereotaip negatif tentang ‘bapa tiri’, dan menegaskan bahawa tidak semua yang bergelar tiri itu kejam. 

No Image Caption

Bahagia dalam pelukan keluarga kecil yang sedang dibinanya kini, pemilik nama sebenar Nurshahila binti Amir Amzah itu  menemui bukti bahawa cinta sejati tidak bergantung pada darah semata-mata.

"Terima kasih kerana menjadi suami yang hebat. Terima kasih sebab selalu betulkan seandainya saya salah.

No Image Caption

"Terima kasih kerana tidak perlu takutkan saya kerana kita saling hormat menghormati. Terima kasih kerana selalu memanusiakan insan lain. 

"Terima kasih sebab layan Seth seperti anak awak sendiri tanpa perlu kejam kepada anak tiri.

Artikel Berkaitan:

"Sesungguhnya bukan semua yang bernama tiri itu jahat. Yang baik itu ramai, yang kejam itu terlalu kejam," ungkapnya.

No Image Caption

Baru-baru ini Shila mendakwa telah diserang pemilik sebuah nama besar industri susulan sokongan terhadap luahan pelakon Nabila Huda berkenaan isu hubungan dengan ibu tiri.

Ekoran insiden di konsert, Shila turut membuat laporan polis dan siasatan sedang dijalankan.

No Image Caption

Sekadar info, Shila dan Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli mendirikan rumah tangga pada 5 Ogos 2023 dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Rhea Akira, setahun dua bulan.

Shila memiliki seorang anak lelaki, Seth Uwais daripada perkahwinan pertamanya bersama Haris Idraki Elias.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang