'Kami sangat rindukan dia.' Perbualan telefon Ardell undang sebak, Nadzmi minta tidak kongsi gambar bukan-bukan

No Image Caption
A
A
A

SAHABAT kepada pelakon Ardell Aryana berkongsi perbualan telefon mereka yang mengundang sayu di laman sosial Thread.

"Saat namanya tertera di skrin telefon, duniaku terhenti seketika. Terperanjat dan air mata jantanku mengalir tidak terbendung. 

"Kerana rasa syukur yang terlalu besar. Kami sangat rindukan dia," titipnya.

Menerusi perbualan itu, Ardell menangis mengenangkan rakan-rakan yang masih di dalam penjara dan naskah al-Quran miliknya yang tidak dapat diselamatkan.

No Image Caption

'Mereka tidak dapat makan, saya pun empat hari tidak dapat makan dan minum ketika dipenjara," katanya.

Difahamkan, Ardell kini dalam proses pemulihan dan hanya selepas menerima rawatan titisan cecair secara intravena (IV drip), barulah pelakon Impak Maksima itu mampu kembali bersuara.

Sementara itu, suami Ardell, Nadzmi Adhwa meminta orang ramai agar mendoakan kesembuhan isterinya itu.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Bapa kepada dua cahaya mata itu pada masa sama memohon dan merayu agar tiada pihak memuat naik atau menyebarkan foto-foto yang tidak sesuai.

“Minta masa dan doa sahaja, ya untuk isteri saya dan kesayangan kalian semua.

"Tolonglah jangan keluarkan gambar yang bukan-bukan. Boleh tak kita tunggu sahaja Ardell balik?

"Please ya, kalian sangat baik, mendoakan dan ambil berat. Terima kasih untuk itu. Minta masa tau,” kongsinya.

Terdahulu, media melaporkan bahawa Ardell kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Turkiye akibat tekanan darah rendah.

Terdahulu, pelakon Asam Pedas Untuk Dia itu disahkan mengalami kecederaan berupa koyakan pada otot bahu.

Rambut pelakon itu didakwa ditarik dengan kasar dan muka ditumbuk, sehingga menyebabkan kecederaan ketika kapal yang dinaikinya bersama para sukarelawan dipintas oleh tentera Isr4el Khamis lalu.

Sumber: Thread

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang