Nadzmi Adhwa luah kecewa, artis masih abaikan isu boikot

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Nadzmi Adhwa menzahirkan rasa kecewa apabila masih ada rakan artis yang seolah-olah memandang ringan isu boikot produk berkaitan Israel.

Menerusi satu hantaran di Thread, Nadzmi atau nama lengkapnya Nadzmi Adhwa Nor Adzmi, 33, meluahkan kesedihan melihat ada segelintir dalam industri hiburan yang tetap menerima tawaran promosi daripada jenama tertentu, walaupun jelas dikaitkan dengan penindasan di P4lestin.

“Masih juga tidak mahu boikot. Tidak mati kalau tidak makan duit haram Isr4el itu. Berapa sangat tawaran untuk produk mereka sampai tidak boleh tolak? 

“Sedarkah produk-produk tersebut menyumbang kepada pembunuhan saudara kita di sana? Sedih tengok kawan-kawan sendiri dalam industri pun tidak cakna,” tulisnya.

Nadzmi masih menanti status terkini isterinya yang ditahan tentera Zionis.
Nadzmi masih menanti status terkini isterinya yang ditahan tentera Zionis.

Luahan itu pantas mendapat perhatian ramai yang rata-rata menyokong keberanian bapa kepada dua cahaya mata tersebut kerana bersuara lantang dalam isu kemanusiaan, selain memuji pendiriannya yang konsisten.

Lebih memberi kesan, isterinya, pelakon Ardell Aryana, masih berada dalam tahanan tentera Zionis ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla yang berlayar menuju G4z4. Ardell antara aktivis kemanusiaan dari Malaysia yang berada di atas kapal Mikeno sebelum ditahan bersama sukarelawan lain.

Setakat ini, ke semua aktivis yang ditahan dalam konvoi bantuan kemanusiaan itu akan dihantar pulang ke Eropah. 

Artikel Berkaitan:

Menurut Anadolu Ajansi, sekurang-kurangnya 317 aktivis daripada 21 kapal telah ditahan oleh pasukan Isr4el, berdasarkan data penjejak flotila.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang