Komposer Ross Ariffin meninggal dunia pada usia 63 tahun

No Image Caption
A
A
A

DUNIA hiburan tanah air berduka atas pemergian komposer terkenal, Ross Ariffin

Menteri Komunikasi Datuk Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkongsi kesedihannya di atas pemergian pemuzik berbakat, Ross Ariffin atau nama sebenarnya Roslan Ariffin Jamil, 63, petang tadi.

Fahmi menerusi satu hantaran di laman X memaklumkan khabar duka itu disampaikan pihak Rumah Seri Kenangan Cheras yang menjadi tempat tinggal Allahyarham sejak November tahun lalu.

“Uncle Ross merupakan komposer yang telah banyak menyumbang kepada industri muzik tempatan.

“Saya telah beberapa kali menemui Allahyarham. 

"Beliau berdepan dengan kehidupan yang mencabar, namun tetap tabah meneruskan perjalanan sebagai anak seni,” titipnya.

No Image Caption

Pun begitu, punca kematian komposer berkenaan tidak dinyatakan.

Artikel Berkaitan:

Dalam hantaran yang sama, Fahmi menitipkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Terdahulu, kisah menyayat Ross yang pernah menjadi gelandangan menyayat hati ramai.

Difahamkan, sejak pandemik, anak seni berbakat itu bergelut dengan kehidupan dan kehilangan punca pendapatan.

Artikel berkaitan

Ramai mahu Siti Nurhaliza jenguk Ross Ariffin, 3 tahun derita diserang angin ahmar, sukar berjalan & bertutur

Mulianya hati Siti Nurhaliza, Ross Ariffin terima sumbangan Yayasan Nurjiwa

Allahyarham kemudian berjaya keluar daripada status gelandangan apabila menerima kediaman projek perumahan rakyat (PPR) Muhibbah di ibu kota daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ross yang pernah diserang angin ahmar sebanyak dua kali mengalami kesukaran untuk berjalan.

Suatu ketika dahulu nama Ross Ariffin cukup besar dalam industri hiburan tanah air.

Antara lagu popular gubahannya ialah Dia nyanyian Fauziah Latiff (lirik oleh Amran Omar), Kau dan Aku untuk Ning Baizura (lirik oleh Ning Baizura), Kurniaan Dalam Samaran dendangan Datuk Seri Siti Nurhaliza (lirik oleh S. Amin Shahab) dan Semalam Ku Tolak Ke Tepi nyanyian Liza Aziz (lirik oleh Datuk Habsah Hassan).

Karyanya, Semalam Ku Tolak Ke Tepi membawa Ross memenangi Asian Broadcasting Union Golden Kite pada 1990. 

Ross mahir piano dan biola serta berpengalaman menyertai orkestra bersama Holland America Line yang membawanya menjelajah ke 32 buah negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang