'Masanya akan tiba...'- Syed Saddiq beri bayangan bakal tamat zaman bujang dengan Bella Astillah?
AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi bayangan seolah-olah bakal mengakhiri hubungannya dengan Bella Astillah dengan ikatan istimewa.
Menerusi sebuah video tular, pada sebuah majlis sambutan tahun baharu, ahli politik berusia 33 tahun itu menyatakan hasratnya kepada umum.
"Semua orang ada azam, saya juga ada.
"Untuk pengetahuan keluarga Bella dan keluarga saya, insya- ALLAH masanya akan tiba," kongsinya.
Ucapan Saddiq menerma sorakan para penonton ambang tahun baharu di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru.
Diusik mengenai perkara penting dalam hidup, Syed Saddiq dengan spontan menyatakan individu tersebut ialah Bella dan menyifatkan wanita itu sangat istimewa.
"Bertemu wanita yang istimewa di sebelah saya ini. Bukan susah nak jawab soalan itu.
"Jika tidak, saya tidak akan memakai ini (sambil menunjukkan baju yang tertera wajah Bella). Sebab itu saya letakkan wajah wanita istimewa ini di dada," luahnya.
Bella yang berada di pentas sama dilihat tersipu malu susulan mengucapkan kata-kata lelaki itu.
Terdahulu, Syed Saddiq pernah menyatakan mempunyai perancangan untuk berkahwin dan akan mengumumkan apabila tiba masanya.
Sekadar info, Syed Saddiq pernah muncul dalam video klip lagu nyanyian Bella Astillah berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Mereka merupakan sahabat baik dan sering melakukan aktiviti rekreasi bersama seperti badminton.
Syed Saddiq dan Bella kemudian muncul dalam banyak rangka promosi sebagai duta produk, termasuk berlakon dan hos live.
Ibu kepada sepasang cahaya mata itu juga dilihat tidak ketinggalan hadir ke mahkamah memberi sokongan buat Syed Saddiq sehingga beliau dilepas dan dibebaskan atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Malah, pelantun lagu Pano turut menghadiri acara keluarga termasuk majlis sambutan ulang tahun kelahiran ibu dan abang Syed Saddiq baru-baru ini.
Syed Saddiq juga tidak ketinggalan menghadiri parti hari lahir anak Bella.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
