Mengaku tidak bersalah & mohon dibicarakan, Naim Daniel bayar ikat jamin RM12,000

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI dan pelakon Naim Daniel mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan amang seksual terhadap remaja bawah umur di Mahkamah Seksyen di Putrajaya pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan peguamnya, Mohd Irwan Sumadi.

Dalam pada itu, Mohd Irwan turut menjelaskan Naim atau nama penuhnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28,  membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Datin M Kunasundary dan pihaknya juga memohon untuk dibicarakan.

Menurut kertas pertuduhan, Naim didakwa melakukan serangan seksual terhadap remaja berkenaan di sebuah hotel di Jalan Harapan, Petaling Jaya pada jam 8.56 malam, 19 Mei lalu.

Penyanyi lagu Sumpah dan Purnama  itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

 

No Image Caption

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Izzah Shaharuddin menawarkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan syarat tambahan.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut memohon mahkamah mengarahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu saksi pendakwaan dalam apa jua cara.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan permohonan syarat tambahan oleh pihak pendakwaan.

Hakim Kunasundary mengarahkan tertuduh menyerahkan pasportnya dan tidak mendekati mana-mana saksi.

Kes ditetapkan untuk sebutan pada 18 Ogos dan Naim membayar jumlah jaminan tersebut.

Minggu lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dalam kenyataannya berkata, arahan untuk menuduh seorang selebriti, telah diperoleh daripada Pejabat Pendakwaraya Selangor.

Sumber: Awani, Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang