Mengandung 4 bulan, Alif Satar bangga isteri berjaya tamatkan larian 10km

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI dan pelakon Alif Satar meluahkan rasa bangga apabila isterinya, Shadila Halid berjaya menamatkan larian sejauh 10 kilometer.

Berkongsi video larian yang disertai Shadila, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu turut berkongsi perjalanan yang dilalui suri hatinya hanya mengetahui hamil selepas mendaftarkan diri untuk larian berkenaan.

Namun, difahamkan aktiviti itu hanya diteruskan selepas mendapat lampu hijau daripada doktor.

No Image Caption

"Satu lagi pencapaian dan aku sangat bangga denganmu. Hari ini, saya, anak-anak, nama dan ayah menjadi penyokong untuk Shad. Dari dulu lagi, aku selalu ajak Shad berlari atau berlatih bersama, tapi dia tak pernah nak ikut.

"Tiba-tiba, dia kata, “Sayang, saya sudah daftar untuk Boom Run.” 

"Dan apabila dapat tahu yang kehamilan, Shad langsung tidak berlatih selama sebulan. Ditambah pula dengan alahan (morning sickness). 

"Saya beritahu Shad, lebih baik kita tunggu sampai doktor bagi lampu hijau dulu," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

Menurut Alif atau Muhammad Alif Mohd Satar, 35, pencapaian itu bukan sahaja mengejutkannya, malah memberi inspirasi kerana tidak mudah untuk melakukan aktiviti lasak dalam keadaan berbadan dua.

"Semangat dan keazaman itu ternyata lebih kuat daripada fikiran dan Shad buktikannya hari ini dengan penyudah yang sangat kuat.

No Image Caption

"Dia menyertai acara larian 10km pertamanya ketika hamil empat bulan. Ya, betul! Saya benar-benar terinspirasi. Tahniah, sayangku," kongsinya.

Sekadar info, Alif dan Shadila, 41, berkahwin pada 15 September 2014.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini sudah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Alisha Anugerah, Ariana Mecca dan Muhammad ‘Ali.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang