5 bulan kahwin, Siti Saleha umum kehamilan dan bakal jadi ibu. 'Kami sudah lama simpan rahsia...'
PELAKON Siti Saleha akhirnya berkongsi berita gembira sedang hamil anak sulung.
Menerusi Instagram, bintang Nora Elena dan Tujuh Hari Mencintaimu itu memuat naik video memaparkan keputusan imbasan kehamilan sambil memeluk suami, Joshua Futton.
"Kami sudah lama simpan rahsia ini," titipnya menerusi akaun Instagram @sallywho.
Pemilik nama Siti Saleha Mohd Baharum itu turut berseloroh mahu menjadi seperti suaminya yang dikatakan membuncit.

"Josh makan terlalu banyak dan buncit. Saya rasa baby bump ini menyamai perutnya," titipnya pada kapsyen.
Saleha terdahulu memaklumkan belum bersedia berkongsi berita kehamilan.
Pelakon berusia 35 tahun itu berkongsi akan mengambil tempoh rehat yang panjang seperti memberi gambaran sedang berbadan dua.

Saleha dan Josh yang merupakan seorang pereka fesyen berkahwin pada 15 Februari lalu dalam satu acara di sebuah resort mewah di Janda Baik, Bentong, Pahang.
Sekadar info, Saleha terdahulu pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar pada 28 Julai 2017 namun bercerai pada 17 Januari 2022.
Perkahwinan berkenaan tidak dikurniakan cahaya mata.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
