Momen Nadzmi Adhwa lepaskan Ardell Aryana ke G4z4 buat netizen sebak - 'Minta doakan isteri saya'

No Image Caption
A
A
A

'SEMOGA ALLAH reda dengan segala usaha kalian.'

Demikian ungkap Nadzmi Adhwa selepas isteri tercinta, Ardell Aryana bertolak bagi menjayakan misi kemanusiaan di G4z4.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon Hati Perempuan itu memuat naik video yang menyentuh hati. Saling menitiskan air mata, Ardell dilihat melambaikan tangan dan berpelukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas bersama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM).

Ia diikuti kapsyen yang meruntun hati dan penuh pengharapan.

No Image Caption

"Salam semua. Minta doakan isteri saya Ardell Aryana dan team yang akan berangkat ke G4z4. 

"Doakan semua di dalam lindungan ALLAH dan dipermudahkan segala urusan buat isteri dan team. Selamat pergi dan selamat pulang," tulisnya di ruangan kapsyen.

Detik perpisahan itu sarat dengan emosi, menyentuh hati ramai netizen. Ramai yang meluahkan rasa kagum dan terharu melihat pengorbanan pasangan itu, lebih-lebih lagi Nadzmi yang rela melepaskan isteri tercinta demi misi kemanusiaan, meskipun terpaksa berjauhan buat sementara waktu.

Artikel Berkaitan:

Artikel penuh: 

No Image Caption

"Allahuakbar, semoga ALLAH melindungi kalian," tulis Lilysufi.

"Sangat kagum dan hormat dengan suami serta keluarga Adel. Mereka bukan sahaja memberi sokongan, malah meredai dan mengizinkan pemergiannya untuk berjihad.

Ya ALLAH, permudahkanlah setiap urusan Ardel dan pasukannya. Lindungilah perjalanan mereka. Semoga selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air dalam lindungan-MU," kongsi The Noorh.

"Semoga Ardell Aryana dan seluruh pasukan selamat pergi dan selamat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing. Momen ketika dia memeluk suaminya benar-benar menyentuh hati.Moga syurga buat Nadzmi Adhwa yang dengan penuh redha dan keikhlasan, mengizinkan isteri tercinta berjuang demi saudara kita di G4z4," titip Zarin Nurlieyda.

Sekadar info, pasangan itu melangsungkan perkahwinan pada 1 September 2019. Hasil perkongsian hidup, Nadzmi dan Ardell dikurniakan dua cahaya mata.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang