Nafas berhenti ketika tidur, pelakon Zulkifli Ismail buat sleep test. 'Terima kasih doakan kesihatan saya'
PELAKON veteran, Zulkifli Ismail, berkongsi keadaan kesihatannya yang terganggu.
Mencecah usia 61 tahun, pemegang watak ASP Razlan dalam siri Gerak Khas itu mengalami masalah nafas terhenti seketika atau apnea.
Menerusi hantaran di Facebook, beliau memuat naik foto selepas menjalani prosedur sleep studies.
"Alhamdulillah. Pagi tadi saya selesai menjalani prosedur sleep studies dan dibenarkan balik.
"Minggu depan jumpa doktor untuk mengetahui keputusan ujian. Sleep studies dilakukan kerana saya sering mengalami gangguan pernafasan ketika tidur atau sleep apnea.
"Ini termasuklah nafas terhenti beberapa kali sepanjang malam ketika tidur.
"Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan kesihatan saya," kongsinya.
Beliau terdahulu berkongsi keadaan dirinya yang dilengkapi wayar dan tiub pada beberapa bahagian sebelum memulakan prosedur itu.
"Malam ini saya rehat di sini. Tidur sambil menjalani 'sleep studies'.
"Jangan risau. Tidak membimbangkan," katanya.
Para peminat mendoakan agar pelakon itu segera sihat dan keputusan ujian yang tidak membimbangkan. Ujar mereka:
"Semoga dipermudahkan segala urusan uncle. Banyakkan berehat."
"Semoga tiada yang memudaratkan."
"Syafakallah. Moga tiada yang serius."
SinarPlus terdahulu berkongsi masalah dengkur yang mempunyai kaitan dengan Obstructive Sleep Apnea(OSA) iaitu sejenis gangguan tidur yang mana saluran pernafasan tersumbat atau terhalang sebahagian atau sepenuhnya semasa tidur.
Antara faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada kekenduran otot otot lembut di bahagian belakang tekak adalah seperti berikut:
1. Struktur anatomi: leher pendek, tonsil besar, atau lidah yang besar boleh menyebabkan ruang lebih sempit dalam tekak.
2. Berat badan berlebihan: Lemak yang terkumpul di sekitar leher boleh menekan dan menyempitkan salur pernafasan.
3. Usia: Otot di dalam tekak menjadi lebih kendur dengan bertambahnya usia. Ini menyebabkan ia menutup laluan udara.
4. Posisi tidur: Tidur terlentang boleh menyebabkan graviti menarik otot tekak ke bawah dan menyempitkan salur pernafasan.
5. Merokok: Ia menyebabkan keradangan dan pengumpulan lendir dalam salur pernafasan lalu menyempitkan ruang ini.
Sementara itu, gejala-gejala OSA termasuk berdengkur kuat, kerap terjaga di malam hari, rasa mengantuk yang melampau pada waktu siang, dan rasa keletihan walaupun sudah tidur mencukupi.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang