Nikah 14 September ini, berikut kronologi & fakta hubungan Fattah Amin-Amira Othman
SEJAK semalam, nama aktor dan penyanyi, Fattah Amin, 35, serta Amira Othman, 32, hangat diperkatakan setelah mengumumkan tarikh pernikahan mereka iaitu pada 14 September ini.
Rata-rata mendoakan pasangan ini dapat melayari bahtera rumah tangga kelak dengan penuh Sakinah, Mawaddah dan Rahmah.
Sebelum itu, Sinarplus ingin kongsikan 10 kronologi awal perkenalan pasangan itu sehingga membawa ke jenjang pelamin.
Kronologi & fakta mengenai 'Fattmira' :
1. Hubungan pasangan yang mendapat jolokan Fattmira ini mula diperkatakan apabila Fattah muncul dalam video klip lagu nyanyian Amira iaitu Bila Nak Kahwin. Ketika majlis pelancaran lagu itu pada 10 Januari, Amira mengakui dia menumpang populariti Fattah yang ketika itu digelar sebagai 'duda terhangat'.

2. Tidak sampai 10 hari selepas itu, Fattah dan Amira diumumkan sebagai duta Jakel dan terus menjadi usikan apabila tampil sedondon pada majlis sidang media.
3. Pada 24 Februari, timbul desas-desus Fattah dan Amira mengikat tali pertunangan, namun dinafikan sekerasnya oleh lelaki itu.

4. Hubungan mereka terus menjadi perhatian beberapa minggu kemudian apabila Fattah didakwa tersasul memanggil Amira dengan panggilan 'Yang' ketika sesi siaran langsung.
5. Ketika sambutan Aidilfitri, Fattah dan Amira dilihat saling mengunjungi rumah keluarga dan bintang KL Special Force itu mengakui hubungan keluarganya dan Amira bertambah rapat.

6. Tidak lama kemudian, timbul pula dakwaan mereka bakal berkahwin pada 25 Mei dan dakwaan itu sekali lagi ditepis Fattah.
7. Fattah berkongsi hantaran mengenai Amira yang dimasukkan ke hospital dan apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah foto Amira memegang sejambak bunga dengan kapsyen 'Get well soon teman sekerja'.

8. Pada 24 Ogos, video memaparkan Amira lengkap dalam busana pengantin rona putih sambil memegang sejambak bunga menarik perhatian ramai kerana ada yang menganggap video tersebut adalah 'hint' majlis perkahwinan mereka. Namun sekali lagi dinafikan pelantun lagu Rasa & Takdir itu.

9. Akhirnya pada 8 September, Fattah mengesahkan akan mengubah status rakan sekerja kepada rakan serumah dan bakal menikahi Amira pada ulang tahun kelahirannya yang ke-35, 14 September depan.
10. Lebih istimewa, hari bahagia pasangan berkenaan bakal disiarkan secara langsung bermula jam 8 malam di Unifi TV 2.0 Saluran Inspirasi (118). Selain itu, peminat boleh mengikuti dokumentari khas 10 episod Setulus Takdir : Fattah Amira yang mula ditayangkan sejak 8 September di platform sama.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

