'Orang perempuan takkan minta cerai jika tiada apa-apa.'  Empat tahun bertahan, Uqasha risau kesihatan mental anak

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Uqasha Senrose mendedahkan cuba bertahan selama empat tahun di dalam rumah tangganya bersama suami, Kamal Adli namun bangkit kerana cahaya mata.

Ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada Khamis dan mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga, pemilik nama  Nik Zaris Uqasha Nik Sen itu enggan perkara itu memberi impak kepada tumbesaran puteri tunggal mereka, Uqaira Hawra.

"Saya dikenali, dia pun seorang yang dikenali. Saya cuba dulu. Saya seorang, saya masih cuba untuk bertahan bila dia naik tangan, naik kaki, maki, tengking suara, kasar, tolak-tolak badan.

"Tetapi apabila ada Ukaira, anak saya, dia masih juga dengan perangai macam itu. Malah dalam keadaan mengandung pun," kongsinya.

Jelas pelakon berusia 33 tahun itu, kesihatan mental Uqaira menjadi keutamaan.

"Orang perempuan tidak akan (minta cerai) kalau tiada apa-apa. Sebab ada anak, saya pentingkan kesihatan mentalnya.

"Ketika anak kecil saya kena tengking depan anak," kongsi Uqasha.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Pelakon filem Paku Pontianak itu juga mendakwa telah merahsiakan pergolakan rumah tangga demi menjaga aib suami dan cuba mendapatkan bantuan famili mentua.

"Saya sudah beritahu bahawa saya pergi beritahu keluarga dia dulu. Saya beritahu ayahnya. 

"Saya tak beritahu mama saya sebab saya tidak mahu orang tidak sukakan suami saya," kongsinya dalam nada sebak.

Uqasha dalam nada sayu mendedahkan tergores perasaan apabila mendakwa Kamal menuduhnya membuat keputusan berpisah dalam keadaan emosi tertekan.

"Kalau betul dia seorang suami yang baik, dia tidak akan beritahu apa yang dia cakap di atas (kamar bicara) itu. 

"Dia kata saya mental. Dia kata saya gila. Dia kata saya buat perceraian itu dalam keadaan tidak waras.

"Itukah suami yang depan orang kata sayang isteri, sayang anak?" tutur Uqasha.

No Image Caption

Ditanya tentang respons keluarga mentua, Uqasha dalam tangisan mendakwa dia diminta bersabar.

"Mereka kata mungkin ini cara kami berbahagia.

Kedua, saya beritahu emaknya dan emaknya asyik suruh saya sabar. Sampai bila?

"Apabila sudah mengandung pun saya kena tolak, kena tarik rambut.

"Kenapa saya minta cerai secara baik tak nak selesaikan? Saya minta benda ini saja.

"Saya tak nak beritahu benda ini. Tapi kalau ini yang korang nak tahu, inilah dia. Saya diam, saya pendam, saya jaga," luahnya.

Dalam prosiding pada Khamis, Kamal cuba mempertahankan rumah tangga bersama Uqasha dan mahkamah bersetuju untuk meneruskan kes melalui prosiding hakam, Seksyen 48, yang dijadual pada 12 Januari depan.

Imbas kembali 1 Oktober lalu, Uqasha memfailkan permohonan perceraian atas alasan tiada persefahaman dan masalah rumah tangga yang berlaku sejak April 2025. 

Untuk rekod, pasangan itu diijab kabul pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang