Padam semua posting lama Instagram, bangkit dengan perniagaan pai. 'Terbang tinggi Zahnita'

No Image Caption
A
A
A

SEOLAH-olah memulakan hidup baharu, pelakon dan bekas peragawati Zahnita Wilson dilihat memadamkan hantaran lama di Instagram.

Ibu kepada empat cahaya mata itu yang memulakan perniagaan pai memuat naik video mempromosikan menu itu.

"Assalamualaikum. Terima kasih semua atas ucapan hangat dan sokongan anda.

"Saya akan bersama anda tidak lama lagi. Tempahan kini dibuka. 'I love you 3000’

"Boleh menempah slot anda dengan @thefarrieses atau @neysahz. Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak," tulisnya.

No Image Caption

Menerusi Insta Story, pelakon Kuliah Cinta itu meluahkan keadaannya kini yang selamat daripada dikasari.

"Berapa banyak yang saya simpan tahun ini? Hidup saya," titip Zahnita yang turut memuat naik foto wajahnya yang lebam pada mata.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Warganet memberikan sokongan padu buat Zahnita di samping mendoakan bekas model itu terus tabah menempuhi hari mendatang. Ujar mereka:

"Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH ya kak. DIA permudahkan segala urusan."

"Awak ambil langkah berani ke arah masa depan yang lebih baik untuk diri sendiri dan anak-anak.. Ayah anda sudah pasti akan sangat berbangga dengan wanita yang kuat dan tabah ini. Al Fatihah. Saya pasti semangatnya akan sentiasa bersama awak dalam setiap langkah membina semula hidup ini. Anda berhak mendapat semua kebahagiaan dan kedamaian. Dengan kasih sayang dan sokongan semua mak-mak satu Malaysia."

"Mulakan semula hari ini, tidak kira betapa sukarnya masa lalu. Terbang tinggi Zahnita #womensupportingwomen."

Semalam pemilik nama Zahnita Dorothy Hussein Wilson memfailkan cerai terhadap suaminya, Abdul Zackery Ghouse di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang kerana tidak sanggup dirinya terus dizalimi sejak beberapa bulan lalu.

No Image Caption

Sebelum ini, SinarPlus berkongsi berita apabila bekas peragawati itu mengejutkan ramai apabila berkongsi dua foto menampakkan keadaan matanya yang lebam.

Bukan itu sahaja, personaliti berdarah kacukan Melayu-New Zealand itu sebelum itu pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada 2013.

Bagaimanapun, ikatan perkahwinan tersebut dapat diselamatkan dan hubungan mereka kembali pulih.

Sekadar rekod, Zahnita dan Abdul Zackery berkahwin pada 2005. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, Zasharayna, Zahlia dan Zayden.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang