Peminat berlapang dada, tiada keputusan akhir rayuan Syed Saddiq hari ini

No Image Caption
A
A
A

KETIKA orang ramai berdebar menantikan keputusan akhir berhubung rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, satu kelegaan dapat dirasai apabila dimaklumkan bahawa tiada keputusan akan dibuat pada hari ini.

Sejak pagi tadi, perhatian seluruh negara tertumpu kepada perkembangan kes tersebut, apatah lagi ia melibatkan seorang pemuda tampan yang sering dikaitkan dengan fenomena Bella Astillah Syed Saddiq (BASS).

Perkara itu dimaklumkan oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya berhubung rayuan duta jenama pakaian PrimaValet itu bagi mengetepikan sabitan serta hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan, dan denda RM10 juta atas empat kesalahan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, bersidang bersama Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, menyatakan demikian ketika prosiding bermula pada jam 12.15 tengah hari.

“Hari ini, kita dengar rayuan perayu, Syed Saddiq terlebih dahulu, dan akan berhenti seketika untuk rehat tengah hari.

“Esok, kita boleh sambung dengan hujahan daripada pihak pendakwaan,” kata Hakim Ahmad Zaidi.

Artikel Berkaitan:

Prosiding kemudiannya dimulakan dengan hujahan daripada peguam, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muar berhubung kes berkenaan.

Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan bahawa hujahan bagi kedua-dua pihak akan berlangsung selama dua hari, iaitu pada 19 dan 20 Mac.

Pada 9 November 2023, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Azhar Abdul Hamid, menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan bersalah atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah, salah guna harta, dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Syed Saddiq untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dilupuskan di Mahkamah Rayuan.

Bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu itu kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan H- Peminat berlapang dada, tiada keputusan akhir rayuan Syed Saddiq hari ini

Mahkamah Tinggi dengan mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes itu serta mengetepikan hukuman terbabit.

Prosiding rayuan tersebut merupakan peringkat kedua pengadilan, yang mana sekiranya beliau didapati kekal bersalah, Syed Saddiq masih berpeluang untuk membawa kesnya ke peringkat tertinggi dengan mengemukakan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, sekiranya panel hakim membenarkan rayuan anak kelahiran Johor Bahru itu dan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi, maka beliau akan dibebaskan serta-merta daripada pertuduhan berkenaan.

Segala kemungkinan masih terbuka, dan buat masa ini, seluruh negara terus menantikan perkembangan seterusnya dalam kes berprofil tinggi yang mencuri perhatian ramai itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang