Syed Saddiq minta Bella Astillah pilih tudung untuk Umi. 'Peminat salah masuk simpang gara-gara fenomena BASS...'

FENOMENA pasangan serasi penyanyi, Bella Astillah dan ahli politik, Syed Saddiq atau lebih dikenali dengan gabungan nama BASS terus mencuri perhatian ramai.
Setiap detik bersama mereka dinantikan peminat, apatah lagi dengan restu orang ramai yang mengiringi hubungan yang tidak didedahkan lagi.
Terbaharu, Bella, yang popular dengan lagu Tapi Bukan Denganmu, hadir bersama Syed Saddiq atau nama sebenarnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Al-Sagoff dalam satu sesi di butik Ariani dekat ibu kota.
Kehadiran mereka disambut meriah oleh peminat yang teruja untuk bertemu secara lebih dekat dengan pasangan yang semakin menjadi bualan ramai ini.
Dalam video yang tular di TikTok, ketika pasangan BASS keluar membeli persiapan raya mereka sedang asyik berbual bersama pemilik jenama Ariani, Datin Seri Farah Haryani, yang bertanyakan cita rasa tudung pilihan ibu kepada Syed Saddiq.
Namun, Syed Saddiq yang merupakan anak bongsu daripada empat beradik itu mengakui dirinya kurang mahir dalam memilih tudung dan jenis kain yang sesuai untuk ibu tersayang.
Bagaimanapun, Farah Haryani terus membantu dengan bertanyakan jenis tudung yang biasa digayakan oleh Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz sama ada tudung sarung atau segi empat yang lebih praktikal.
Tidak kekok dengan situasi itu, secara spontan Syed Saddiq menyerahkan persoalan tersebut kepada Bella Astillah.
Seolah-olah memberi isyarat bahawa Bella lebih mengenali citarasa ibu kepada ahli Parlimen itu dan membiarkan Bella yang juga ibu kepada dua cahaya mata untuk membuat pilihan.
"Memilih ini saya rasa takut jika pilihan salah," luah Syed Saddiq.
"Umi kamu selalu pakai tudung sarung atau pakai juga bawal segi empat," tanya Datin Seri Farah Haryani.
"Sebenarnya saya nak dapatkan kedua-duanya, maksudnya tudung sarung dan bawal segi empat," jawab Bella selepas Syed Saddiq secara spontan menghalakan soalan kepadanya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya ‘cair’ melihat momen manis antara ahli politik yang tampan dan juga penyanyi berbadan kecil itu.
Malah, ada yang berseloroh bahawa sejak kebelakangan ini, mereka kurang melayan drama Korea kerana asyik mengikuti ‘drama romantik’ pasangan tersebut yang nyata lebih mencuri hati!
"Rasanya dua minggu dah tak layan kdrama sejak muncul drama BASS ni," komen nadziranas.
"Gara-gara tengok video ini, aku terlepas simpang ke Sungai Besi. Terpaksa masuk terowong SMART, apahal aku ni," seloroh Eina_ipin.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang