'Penyuntik semangat jadi lebih baik.' Fasha Sandha syukur terima Pingat Jasa Baik, rupanya 12 tahun membesar di Perlis

No Image Caption
A
A
A

PELAKONFasha Sandha menitipkan kesyukuran atas kurniaan anugerah Pingat Jasa Baik (PJB) sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Nur Fasha Sandha Hassan yang berkongsi beberapa foto istiadat pengurniaan pingat dihadirinya di Istana Arau baru-baru ini mendedahkan bahawa telah dibesarkan di bumi Perlis Indera Kayangan selama 12 tahun.

"Bismillah, saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat ILAHI kerana di atas keizinan dan kurniaan-NYA. Alhamdulillahi rabbil alamin.

Artikel berkaitan:

No Image Caption

"Saya adalah anak kelahiran Johor Bahru dan dibesarkan di Perlis selama 12 tahun. 

"Hari ini adalah hari yang bersejarah buat saya di atas anugerah yang dihadiahkan oleh Istana Perlis Indera Kayangan di Majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Kedua sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Menjunjung Kasih Tuanku di atas kurniaan Pingat Jasa Baik (PJB) ini," titipnya.

Fasha dalam masa yang sama berazam untuk menjadikan ia sebagai penguat semangat.

"Patik ini banyak kelemahan dan kekurangan berbanding kelebihan. 

"Insya-ALLAH, anugerah ini akan patik jadikan pemangkin motivasi menjadi insan yang lebih baik.

No Image Caption

"Semoga Tuanku dipanjangkan usia,sentiasa dirahmati dan diberkati ALLAH, aamin," tulis Fasha yang tidak lupa berterima kasih kepada keluarga dan para peminat yang sentiasa mendoakan kejayaannya.

Sekadar info, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berkenan mengurniakan darjah kebesaran serta pingat negeri kepada 185 pada 19 Jun lalu.

Selain Fasha, pelakon Rita dan Dr Ezany adalah antara 69 penerima PJB.

Sumber: Instagram

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang