Perbicaraan Disember depan, Naim Daniel syukur masih dapat sokongan peminat

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI dan komposer terkenal, Naim Daniel kekal tenang meskipun bakal berdepan perbicaraan selama tiga hari di Mahkamah Sesyen berhubung pertuduhan amang seksual fizikal melibatkan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Perbicaraan kes ditetapkan pada 15, 16 dan 18 Disember depan oleh Hakim Datin M. Kunasundary selepas prosiding pengurusan kes yang berlangsung baru-baru ini.

Naim atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 28, hadir ke mahkamah ditemani barisan peguamnya, Amirul Ridzuan Hanif, Mohd Irwan Sumadi dan Nur Syafiah Athirah Ahmad Shafique. 

Naim bersama barisan peguamnya ketika prosiding pada 18 Ogos lalu.
Naim bersama barisan peguamnya ketika prosiding pada 18 Ogos lalu.

Ketika ditemui selepas prosiding, pelantun lagu Sumpah itu meluahkan rasa syukur apabila urusan di mahkamah berjalan lancar.

“Saya tiba seawal pukul enam pagi dan menunaikan solat Subuh di sini. Alhamdulillah, segala urusan hari ini berjalan lancar dan semua pihak memberikan kerjasama yang baik. Saya juga berada dalam keadaan yang baik sekarang,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 itu tetap optimis terhadap perjalanan karier seninya. 

Dia turut memaklumkan kini sedang sibuk menyiapkan rakaman serta kerja promosi lagu terbaharu yang dijangka dilancarkan hujung bulan ini.

Artikel Berkaitan:

Naim masih terus berkarya dan bersyukur dengan sokongan peminat.
Naim masih terus berkarya dan bersyukur dengan sokongan peminat.

“Buat masa ini, saya sedang fokus kepada penghasilan lagu baharu. Proses rakaman hampir selesai dan insya-Allah akan dilancarkan hujung bulan ini. 

"Walaupun berdepan prosiding, saya anggap sokongan peminat terhadap teaser lagu tersebut sebagai rezeki tidak disangka-sangka. 

"Fokus saya hanya kepada kerja dan ingin terus melangkah ke hadapan dengan lebih baik,” ujarnya.

Mengikut pertuduhan, insiden tersebut didakwa berlaku pada 19 Mei lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya, sekitar jam 8.56 malam. Selebriti berusia 28 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan pada 17 Jun lalu. Jika sabit kesalahan, Naim berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Perjalanan kes setakat ini:

4 Jun 2025 – Media melaporkan seorang penyanyi lelaki ditahan atas dakwaan amang seksual membabitkan seorang remaja berusia 17 tahun.

17 Jun 2025 – Naim didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan amang seksual dan mengaku tidak bersalah.

18 Ogos 2025 – Naim kelihatan susut ketika hadir ke mahkamah, meminta peminat bersabar menunggu perkembangan kes.

19 September 2025 – Mahkamah menetapkan perbicaraan berlangsung pada 15, 16 & 18 Disember.

17 Oktober 2025 – Permohonan pihak pembelaan berhubung keterangan mangsa melalui video akan didengar.

 

Serahan dokumen selesai, sebutan kes seterusnya 19 September nanti.

Dalam masa sama, pelantun lagu Sumpah itu terus aktif hasilkan lagu baharu.

#naimdaniel #artismalaysia #kesmahkamah #sinarplus #lifestylesinarharian">

 

Sumber : Sinar Harian & Utusan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang