‘Perkahwinan mereka tidak dapat dipertahankan lagi…,’Peguam Nora Ariffin kongsi wujud pihak ketiga

No Image Caption
A
A
A

DESAS-desus mengenai keretakan rumah tangga Datuk Nora Ariffin akhirnya terjawab apabila penyanyi itu mengambil langkah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Dr. Rushdi Ramli di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, pada pagi Isnin.

Peguam yang mewakili Nora, Sarah Mohd Ali, memaklumkan bahawa prosiding pertama kes perceraian itu dijadualkan berlangsung pada 6 Mei ini.

“Permohonan telah dibuat mengikut peruntukan Seksyen 47. Pihak suami juga sudah dimaklumkan mengenai tindakan ini dan menyedari proses mahkamah yang telah bermula,” katanya ketika ditemui media.

Dalam masa sama, Sarah turut mendedahkan bahawa keretakan rumah tangga pasangan itu berpunca daripada kemunculan individu ketiga yang dipercayai mengganggu keharmonian rumah tangga yang dibina sejak enam tahun lalu.

“Pasangan ini sebelum ini cukup bahagia, namun kehadiran pihak luar menyebabkan perkahwinan mereka tidak dapat dipertahankan lagi. Siapa individu itu, kami pilih untuk tidak dedahkan buat masa ini,” ujarnya.

Beberapa minggu lalu, Nora mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sekeping foto dirinya berada di Mahkamah Syariah Hulu Langat yang menimbulkan spekulasi bahawa beliau mahu menamatkan perkahwinan bersama pensyarah kanan dari Universiti Malaya itu.

Artikel Berkaitan:


Itu antara perkongsian Edika, atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abd Majid, 58 ketika ditemu SinarPlus dalam satu majlis rumah terbuka baru-baru ini selepas ditanya mengenai kemelut yang melanda rumah tangga beliau bersama Nor Hidayah Rosli.

Februari lalu, peminat pasangan tersebut dikejutkan apabila isterinya memfailkan perceraian terhadap pelakon tersebut dan kini kes mereka masih dalam proses mahkamah.

Imbas kembali, Hidayah hilang deria pendengaran dan percakapan, malah lumpuh sebahagian anggota badannya selepas beberapa hari melahirkan anak kedua mereka.

Bermula daripada demam panas, jangkitan kuman merebak hingga ke kepala mengakibatkan Hidayah koma selama sembilan hari.

Ketika sedarkan diri, Hidayah tidak lagi dapat menggerakkan badannya dari dada ke kaki. Malah, bahagian wajahnya di sebelah kiri herot menyebabkan sebelah mata tidak boleh dibuka

#edikayusof #pelakon #selebriti #Artismalaysia #rumahtangga #SinarPlus #lifestylesinarharian" />

Lebih mengejutkan, Dr. Rushdi sendiri tampil memberi kenyataan yang seolah-olah mengiyakan tekanan yang wujud daripada pihak luar sehingga menjadi antara faktor perpisahan mereka.

Tindakan Nora memfailkan penceraian ini turut menyusul selepas beberapa kali menyuarakan hasrat yang sama kerana kegagalan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangganya.

Untuk makluman, Nora dan Dr. Rushdi mendirikan rumah tangga secara tertutup sekitar akhir tahun 2021.

Sebelum ini, Nora pernah melalui fasa duka apabila kehilangan suami pertamanya, Allahyarham Johan Nawawi, yang juga seorang komposer terkenal.

Mereka berkahwin pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang