'Perlu jujur beritahu kekurangan diri...' Tak mahir memasak, Ayda Jebat terus terang sebelum kahwin, kongsi tip rumah tangga
JODOH tidak panjang, perkahwinan yang dibina atas dasar cinta berakhir dengan penceraian.
Itulah yang berlaku setiap hari sejak kebelakangan ini, ada sahaja kes perceraian selebriti yang menjadi perhatian warganet hingga bulan Oktober lalu disifatkan sebagai Tragedi Oktober!
Entah di mana silapnya, namun ada berpandangan komunikasi menjadi salah satu faktor selain faktor kewangan dan sikap ego yang ada dalam diri masing-masing.
Dalam soal ini, penulis bersetuju dengan pendapat penyanyi Ayda Jebat bahawa kejujuran dan ketelusan penting untuk mengelakkan salah faham dengan pasangan pada masa akan datang.
Isteri kesayangan Nabil Mahir itu berkata, sikap tidak berterus terang sejak awal akan memberi tekanan kepada pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Menerusi temu ramah stesen radio Kool FM, pemilik nama Nur Suhada binti Jebat malah tidak segan untuk mengaku tidak mahir di dapur.
"Saya memang dari awal, sejak sebelum kahwin lagi, saya cakap dengan dia saya tidak pandai memasak dan tidak suka memasak.
"Dan saya tidak sangka dia okay. Sebab kadang-kadang bila kita tidak transparent dengan benda-benda macam ini ia akan menjadi masalah pada masa hadapan.
"Contohnya, awak tak pandai masak atau tidak beritahi awal-awal sebab nanti kalau ibu mentua suruh masak dan awak taj tahu, ia sudah menjadi satu masalah," katanya.
Penyanyi dan aktres berusia 32 tahun itu berkata setiap pasangan perlu ada persefahaman dalam menempuhi perkahwinan.
"Saya akan bagi tahu apa yang saya tidak boleh buat dan perkara yang saya tidak suka.
"Ini adalah kelemahan dan kekurangan (diri), yang pasangan kita perlu mengetahuinya dahulu.
"Mereka harus menerima begitu juga sebaliknya.
"Dan ada masa kita sama-sama cuba berubah ke arah yang lebih baik," kata Ayda.
Artikel berkaitan:
Sekadar info, Ayda dan Nabil, 36, diijab kabul pada 1 Januari 2021 di Masjid Al Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas bertunang selama lapan bulan bertunang.
Kehidupan berumah tangga selebriti itu diserikan dengan pasangan cahaya mata iaitu Ana Nayla, 3, dabn Ali Mateen, 11 bulan.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang