PU Azman dihukum jel 24 tahun, 2 sebatan, terus dibawa ke Penjara Kajang

No Image Caption
A
A
A

PENDAKWAH selebriti PU Azman dijatuhkan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.

Pemilik nama Azman Syah Alias Hakim dijatuhkan masing-masing 12 tahun penjara dan satu sebatan bagi dua pertuduhan yang berjalan berasingan.

Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mahkamah juga menetapkan Azman Syah, 43, menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Pada 26 Disember tahun lalu, Azman diperintah membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pertuduhan itu.

Mengikut pertuduhan, Azman Syah didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berumur 17 tahun di sebuah inap desa di Kampung Sungai Udang, di sini, masing-masing pada 12.15 tengah malam dan 1 pagi pada 20 Februari serta 29 Jun 2022.

PU Azman yang dikenali sebagai Cik Man diperintahkan menjalani hukuman di Penjara Kajang serta-merta.
PU Azman yang dikenali sebagai Cik Man diperintahkan menjalani hukuman di Penjara Kajang serta-merta.

Semasa hujahan, peguam, Mohamad Zahid Ahmad berkata, pembelaan memohon mahkamah membenarkan penangguhan hukuman, kerana anak guamnya merupakan pesalah pertama dan tidak pernah disabitkan atas jenayah lampau.

Menurutnya, kebarangkalian dia terlibat dengan kes jenayah semasa menunggu rayuan, adalah tipis.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah Sesyen juga memerintahkan pendakwah selebriti itu menjalani hukuman di Penjara Kajang serta-merta.

Untuk rekod, bakat PU Azman dicungkil menerusi rancangan realiti televisyen Pencetus Ummah musim kedua.

Beliau juga turut mengembangkan bakat dalam bidang lakonan menerusi drama rantaian Lelaki Kiriman Tuhan dan Sweet Dreams.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang