Rahsia Aaron Aziz & Diyana Halik kekal bahagia selepas 22 tahun. 'Kalau gaduh, jangan keluar rumah'

BERTAHAN selama 22 tahun dalam perkahwinan, pelakon Datuk Aaron Aziz mendedahkan rahsia rumah tangga bahagia.
Menikahi isteri tercinta, Datin Diyana Halik pada 3 Ogos 2003, pemilik nama Aaron Mustapha bin Aziz itu mendedahkan empat tip perkahwinan yang dipraktikkan selama lebih dua dekad bergelar suami.
"Alhamdulilah ALLAH SWT ialah Maha Perancang. Tip untuk pasangan muda atau yang baru mendirikan rumah tangga, abang cuma kongsi pengalaman.
"Pertama, carilah pasangan bukan sahaja seorang yang anda ingin hidup bersama, tetapi seorang yang anda rasa tidak boleh hidup tanpanya.

"Kedua, komunikasi penting dalam perhubungan suami isteri. Amalkan banyak berinteraksi secara lisan dan berhadapan. Jangan melalui WhatsApp," titipnya.
Artikel berkaitan:
- 'Kaulah sebaik-baiknya penjaga...' - Aaron berat hati lepas anak ke luar negara
- "Handsome macam orang Jepun, terharu tengok siap berbaju Melayu & samping.' Aaron Aziz sekeluarga terbang ke Jepun rai anak sulung tamat belajar
Lidah dan gigi lagikan tergigit, inikan pula suami isteri. pelakon filem Suamiku, Encik Perfect 10 dan Ombak Rindu itu ada tip tersendiri apabila berselisih faham dengan suri hati tercinta.
"Jika ada pergaduhan atau masalah, jangan keluar rumah. Mungkin ke bilik atau dapur dan minum segelas air untuk tenangkan diri kerana aksi keluar dari rumah boleh jadi satu bad habit dan mungkin tak akan kembali pulang ke rumah," kongsinya.

Tidak sekadar itu, bapa kepada tiga cahaya mata yang meningkat dewasa itu juga mengamalkan solat berjemaah sebagai rahsia yang menyatukan hati.
"Akhir sekali, yang paling penting solat berjemaah dengan pasangan kerana seorang suami yang mengimamkan solat isteri dan anak-anak amat penting untuk mendapatkan keberkatan dan reda daripada ALLAH SWT.
"Jika kau milikku, kau milikku Diyana Halik," katanya.
Sekadar info, Aaron telah dikurniakan tiga anak iaitu Danish Anaqi, 19, Dwi Ariana, 18, dan Dahlia Arissa, 14.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang