Razak Ahmad kini bergelar Datuk, terima Darjah Indera Mahkota Pahang. 'Pengiktirafan peribadi, amanah besar'

Foto: Ihsan Pahang Media, Facebook Datuk Razak Ahmad
Foto: Ihsan Pahang Media, Facebook Datuk Razak Ahmad
A
A
A

PELAKON dan penyanyi Razak Ahmad  menerima gelaran Datuk sempena ulang tahun Keputeraan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang ke-66.

Pemilik nama Abdul Razak Ahmad, 58, itu menzahirkan rasa syukur menerima anugerah dan menganggap ia sebagai penghormatan.

Aktor senior itu menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) itu menyatakan komitmen untuk memikul tanggungjawab sosial dan kebajikan.

"Ucapan syukur atas penganugerahan gelaran Datuk.  Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ke bawah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mengurniakan gelaran yang amat bermakna ini.

No Image Caption

"Penganugerahan ini bukan sekadar satu pengiktirafan peribadi, tetapi juga satu amanah besar yang perlu digalas dengan penuh integriti, tanggungjawab, dan dedikasi. 

"Saya menerima gelaran ini sebagai dorongan untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa, dan negara dengan lebih tekun dan ikhlas," kongsinya.

Pelakon filem Embun dan Keluarga Iskandar itu juga tidak lupa menghargai keluarga, rakan-rakan, dan semua pihak yang memberi sokongan dan doa sepanjang perjalanan hidup atau kerjanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berharap diberi kekuatan, kebijaksanaan, dan keikhlasan untuk menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

"Terima kasih juga kepada keluarga tersayang, rakan-rakan, dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan doa sepanjang perjalanan ini. 

"Tiada kejayaan yang datang tanpa kerjasama, kepercayaan dan kasih sayang dari insan-insan yang hebat di sekeliling saya," kongsinya.

Semoga saya terus diberikan kekuatan, kebijaksanaan dan keikhlasan dalam memikul tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya," kongsinya di Facebook.

Antara penerima lain ialah Presiden Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (PERTAMA) merangkap Pengarang Berita Kanan Berita Harian, Datuk Sarihah Mohd Ali.

Sumber: Facebook, Pahang Media

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang