Rezeki bawa anak, Rita Rudaini rangkul Aktres Pembantu TV Popular

No Image Caption
A
A
A

KELIBAT aktres Rita Rudaini di majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-26 menjadi perhatian selepas hadir bersama dua permata hatinya, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.

Jarang dilihat membawa anak-anak bersama ke lokasi berkaitan kerjaya, menerusi video yang tular, Rita tampil dengan busana serba hitam kelihatan ceria diapit dua heronya.

Rayyan dan Airit mengaku rela hati menemani ibu mereka dan mengharapkan kejayaan buat Rita.

No Image Caption



"Saya harap mummy dapat anugerah malam ini, " kata Rayyan.

Manakala si adik, Qaqa turut mengharapkan kemenangan menjadi milik ibunya kerana menyifatkan Rita sebagai yang terbaik.

Rezeki ibu tunggal yang tabah, 25 tahun dalam industri, beliau diumumkan Aktres Pembantu TV Popular.

Rita atau nama penuh, Rita Rudaini Mokhtar, 48, menewaskan Alya Iman, Amyza Aznan, Bella Hanna dan Puteri Sarah Liyana.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Impak lakonan dalam drama Kerasnya Takdir yang disiarkan slot Akasia TV3 dikatakan menjadi faktor undian peminat.

"Selepas tiga dekad, ini baru kali pertama saya naik pentas untuk terima anugerah. Terima kasih dan syukur atas rezeki yang ALLAH bagi. Terima kasih mama dan anak-anak yang hadir bersama saya kali ini.



"Terima kasih juga kepada Berita Harian termasuk juri. Alhamdulillah, ini semua atas sokongan peminat juga.

"Saya tak sangka bila bawa anak pada malam ini ada rezeki untuk saya menang. Saya terkejut dengan anugerah yang diterima ini, tak tahu hendak cakap macam mana sebab memang tak sangka boleh menang," katanya.

Imbas kembali kerjaya seni pemilik nama Rita Rudaini Mohktar ini terdahulu menyertai program pencarian bakat, Dewi Remaja edisi 1998/1999 dan aktif sebagai peragawati sebelum disunting sebagai pelakon tambahan dalam filem pertamanya, Bara arahan Yusof Haslam.

Antara filem dibintangi Rita ialah Mendam Berahi, Mami Jarum Junior dan Cinta Kolestrol. Rita juga dikenali menerusi drama berantai Kutub Utara Kutub Selatan 2, Rafflesia, Biar Ku Sentuh Cintamu dan Tangisan Bulan Madu.

Selebriti kelahiran Perlis itu yang menjadi lambang ibu tunggal tabah itu baru-baru ini menyatakan pendirian untuk tidak berkahwin lagi demi anak-anak.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang