RM1,000 'terbang' gara-gara sebiji epal! Umie Aida kongsi kisah lucu, pasrah didenda di New Zealand. 'Ini namanya takdir...'

No Image Caption
A
A
A

 

GARA-gara sebiji epal, pelakon Datin Sri Umie Aida pasrah membayar denda sebanyak RM1,000 kepada Bahagian Biosekuriti New Zealand ketika tiba di Lapangan Terbang Auckland.

Menerusi laman sosial Instagram, pelakon mengakui kesilapan dirinya dan dia menganggap pengalaman dilalui sebagai takdir yang telah tertulis.

Ke New Zealand untuk sesi penggambaran drama terbaharu, pemilik nama Umi Khalsum binti Rahmad Ali itu berkongsi kisah lucu asal-usul epal berkenaan yang berada di dalam beg tangannya.

"Ini namanya takdir. Saya memang tak bawa apa-apa makanan ke New Zealand kerana nak memudahkan diri masa di imigresen.

No Image Caption

"Dijadikan cerita, semasa di lounge Mas Airline saya ambil sebiji epal untuk makan dalam penerbangan sebelum tidur.

Artikel berkaitan:

Artikel Berkaitan:

"Namun, kerana terlalu keletihan, saya terus tidur dalam penerbangan hingga terlupa bab epal.

"Apabila sampai New Zealand, mereka imbas beg. Hihihi, ada epal dalam bag kita. So kita kena denda bayar $400," titipnya di ruangan kapsyen.

Namun apa yang menggelikan hati, Umie turut merakam reaksi daripada rakan-rakan termasuk Nora Danish, Datuk Remy Ishak dan Fattah Amin yang 'membahan' bahawa epal dari Malaysia 'luar biasa' kerana mencecah harga RM1027.80 sebiji (apabila ditukarkan nilai ke ringgit).

No Image Caption

Warga maya juga tidak ketinggalan berkongsi pengalaman mengalami situasi yang sama ketika membawa makanan ke negara kiwi itu.

"Kejadian ini, kami kru penerbangan, selalu beringat sebab kadang-kadang lupa makanan ada dalam bag kita. Tak pasal-pasal kena denda."

"Ni baru betul Cik Epal."

"Makanan yang tidak boleh dibawa serunding daging atau ayam, bahan makanan yang mengandungi telur, hasil tenusu seperti susu, keju, mayonis dan lain-lain, minuman atau makanan yang mengandungi coklat ataupun susu, buah-buahan, rempah ratus yang berbentuk biji seperti bunga cengkih, lada hitam yang masih belum dikisar, daging, ayam mentah ataupun makanan yang berunsurkan bahan-bahan ini."

"Oh inilah kisah di sebalik epal itu. Lucu!"

Sumber: Instagram

 

Setiap kali Betty Rahmad puji masakannya, Mak Semah mesti segan. Katanya, banyak lagi makanan mewah di restoran, tapi tetap juga anaknya 'claim' air tangan ibu paling sedap!

Tapi jujur, setuju tak masakan ibu memang nombor syatu?

#MasakanIbu #BettyRahmad #AirTanganIbu #SinarPlus #LifestyleSinarHarian" />

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang