Rujuk Farid Kamil, Diana Danielle sah, prosiding cerai pada 2 Disember. 'Ini bukan momen gembira...'

Kredit foto: Nur Ezzatul Aqmar Mustaza
Kredit foto: Nur Ezzatul Aqmar Mustaza
A
A
A

PASANGAN selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil masih berstatus suami isteri selepas rujuk pada 31 Ogos 2023.

Perkembangan itu dikongsi peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kadir mewakili pelakon Diana.

"Sebentar tadi mahkamah telah mendengar permohonan rujuk dan berpuas hati dengan permohonan tersebut. Rujuk telah berlaku dan mahkamah telah mengesahkan status mereka masih suami isteri. Jadi selepas ini kita akan teruskan permohonan cerai," katanya.

Hakim Syarie Abdul Fattah Kamarudin mengarahkan kedua-dua pihak ntuk mendapatkan perakuan sijil rujuk untuk melengkapkan dokumen bagi prosiding penceraian pada 2 Disember depan.

Kredit foto: Nur Ezzatul Aqmar Mustaza
Kredit foto: Nur Ezzatul Aqmar Mustaza

Kata Akberdin, sekiranya pihak defendan bersetuju untuk bercerai selepas ini, maka Farid dan Diana tidak perlu melalui proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).

"Selepas ini kita akan teruskan permohon kedua iaitu penceraian mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan).

"Apa pendirian defendan akan dimaklumkan pada hakim dalam prosiding akan datang," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 34, yang ditemui sebaik selesai prosiding enggan mengulas lanjut dan hanya sesekali bergurau dengan rakan media.

No Image Caption

"Saya bukan gembira tetapi sebab kenal rakan media. Semua macam kawan-kawan jadi kita senyum-senyumlah.

"Ini bukan momen gembira untuk sesiapa sahaja, jangan salah faham," katanya.

Terdahulu pasangan itu tiba berasingan ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.

Diana 33, yang mengenakan jubah hitam ketika disoal mengenai harapannya, aktres itu secara berseloroh menjawab dia mahu makan nasi lemak.

Manakala Farid pula menjadi perhatian kerana memakai songkok dengan lilitan kain putih.

Terdahulu, Diana menfailkan penceraian buat kali kedua pada 4 November lalu selepas mendakwa wujud pergaduhan berpanjangan atau ‘shiqaq’ yang tidak boleh diperbaiki.

No Image Caption

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sebelum ini, Diana dan Farid pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga yang berpanjangan sebelum disahkan bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka rujuk semula 21 hari kemudian.

Sumber: Sinar Harian (Nur Ezzatul Aqmar Mustaza)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang