Sambut anniversary ke-14, doa Farah buat Yassin tak pernah putus. 'Moga ALLAH jaga cinta ini, sihat selalu syurgaku'

No Image Caption
A
A
A

KASIH sayang isteri buat pelawak Yassin tidak berubah. Biarpun dihambat kontroversi, suri hati bintang komedi itu, Farah Waheeda Maharidan, tetap bahagia meraikan ulang tahun perkahwinan mereka berdua.

Menerusi TikTok, Farah sempat menitipkan ucapan buat pelakon berusia 47 tahun itu sempena anniversary mereka 15 Mei lalu.

"Happy anniversary ke-14 suamiku sayang Yassin.

"Semoga ikatan perkahwinan kita kekal sampai syurga insya-ALLAH aamiin.

"Doaku tak pernah putus untukmu, sihat selalu syurgaku," titip Farah.

No Image Caption

Mendirikan rumah tangga pada tahun 2011, Farah turut menitipkan harapan.

Artikel berkaitan:

Artikel Berkaitan:

"Semoga ALLAH menjaga bahtera cinta ini, dalam sabar dan saling menghargai.

"Dalam ujian yang menguji hati hingga ke hujung usia ini, menuju ke syurga ILAHI, aamiin, " kongsinya.

Terdahulu, pemilik nama Yassin Yahya dikaitkan dengan penahanan di Jeddah, Arab Saudi atas dakwaan bahan terlarang.

Dalam temu ramah portal berita tempatan, Farah meminta diberikan ruang dan belum bersedia untuk berkongsi kisah pelawak itu.

“Beri ruang untuk Yassin berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.

“Sebenarnya saya nak rahsiakan perkara ini, tapi saya faham ramai yang menantikan kepulangannya,” jelasnya.

Yassin didakwa sudah pulang dan muncul menerusi siaran langsung di TikTok.
Yassin didakwa sudah pulang dan muncul menerusi siaran langsung di TikTok.

Menurutnya lagi, pelawak itu berada dalam keadaan baik dan semakin sihat.

“Alhamdulillah dia sihat. Berat badannya juga makin naik.

“Saya dan seluruh keluarga gembira dapat bertemu semula dengan Yassin,” tuturnya lagi.

Baru-baru ini, kehilangan Yassin daripada beberapa acara membabitkan kumpulan Senario mengundang pelbagai spekulasi.

Ketiadaan Yassin dalam kumpulan Senario menimbulkan kekecewaan dalam kalangan peminat.

Saiful Apek terdahulu mendedahkan Yassin pulang ke Malaysia sebelum Aidilfitri ini.

Sempat berhubung menerusi aplikasi Zoom, beliau berkongsi Yassin bukan sahaja bertambah saiz badan daripada 'S' ke 'M', malah berjaya khatam 20 juzuk al-Quran.

Sumber: TikTok, Harian Metro

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang