Hafal 20 juzuk al-Quran & badan makin berisi, rupanya Yassin ditahan di pusat pemulihan bukan penjara.  'Akan pulang tak lama lagi...'

No Image Caption
A
A
A

KEHILANGAN pelawak terkenal, Yassin Yahya sebelum ini menimbulkan persoalan ramai apabila kemunculan kumpulan Senario baru-baru ini dilihat tidak lengkap tanpa kehadirannya.

Bagaimanapun, Saiful Apek yang sebelum ini memilih untuk berdiam diri mengenai keberadaan Yassin, akhirnya berkongsi sedikit perkembangan berkenaan rakan seperjuangannya itu.

Saiful, atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, memaklumkan Yassin dijangka pulang ke tanah air sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Bagaimanapun bintang filem Duyung itu enggan berkongsi maklumat terperinci dan meminta orang ramai serta peminat bersabar menunggu penjelasan daripada tuan badan apabila sudah kembali.

"Dari maklumat keluarga, difahamkan Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri ini.

"Kami berdiam diri kerana menghormati keluarga. Alhamdulillah, kami lega dapat tahu dengan lebih jelas apa yang berlaku.

"Saya tak kisah orang nak cakap saya berat sebelah atau sengaja nak 'cover line', tapi apa yang boleh saya katakan, Yassin mungkin tidak pandai mana, tapi dia juga tak bodoh.

"Di Arab Saudi, jika terbabit dalam kes seperti ini (dadah), hukumannya hudud (bunuh), tiada pelepasan untuk dua atau tiga bulan," katanya kepada media," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

Pelawak berusia 56 tahun itu turut berkongsi rasa keterujaannya apabila dapat berhubung dan melihat perkembangan positif Yassin menerusi aplikasi Zoom di Jeddah baru-baru ini.

"Berat badan Yassin bukan sahaja bertambah dari 's' ke 'm', tetapi lebih membanggakan, sudah khatam 20 juzuk al-Quran.

"Dia bukan ditahan di penjara, sebaliknya pusat pemulihan yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk kedai runcit," katanya kepada media tempatan.

Sebelum ini, ketiadaan Yassin dalam kumpulan Senario sejak beberapa bulan lalu telah menimbulkan kekecewaan dalam kalangan peminat.

Situasi itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi, apabila timbul dakwaan mengenai seorang pelawak popular yang ditahan di Jeddah atas kesalahan dadah sejak Oktober tahun lalu, yang sehingga kini masih belum terjawab.

Media turut melaporkan bahawa pelawak yang tidak didedahkan identitinya itu ditahan kerana disyaki memiliki dadah jenis ganja.

Pelawak tersebut dilaporkan sedang menjalani hukuman penjara selama enam bulan di negara berkenaan selepas dijatuhkan hukuman pada November tahun lalu, yang menyebabkan beliau tidak berada di Malaysia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang