Diana Danielle tekad untuk bercerai, minta peguam terus proceed. 'Kami akan failkan bila-bila masa saja'

No Image Caption
A
A
A

HANYA 14 bulan selepas rujuk, rumah tangga pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil kembali bergolak.

Tiada hujan, tiada ribut, Diana dalam hantarannya di Instagram semalam menyatakan tekad untuk berpisah tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.

Memetik laporan BH Online, peguam syarie yang mewakili pelakon Diana, Datuk Akberdin Abdul Kadir mengesahkan bahawa aktres itu akan memfailkan perceraian dalam masa terdekat.

No Image Caption

Katanya, pelakon Imaginur itu memilih untuk berpisah dan perceraian akan difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

"Iya, anak guam saya sudah arahkan untuk proceed (failkan rujuk dan perceraian).

"Anak guam saya sudah bagi arahan untuk memfailkan dan saya sedang menyediakan proses rujuk dan cerai sekali. Kami akan failkan dalam bila-bila masa saja," katanya.

Peguam itu juga memaklumkan pihaknya kini sedang dalam proses untuk mengambil tindakan seterusnya.

Artikel Berkaitan:

"Dia (Diana) memang sudah tekad dan sebenarnya sudah bagi arahan untuk bertindak.

"Semalam dia bagi arahan untuk proceed terus," kongsinya lanjut.

No Image Caption

Akberdin bagaimanapun enggan berkongsi tentang punca perceraian pasangan selebriti itu dan akan memaklumkannya kemudian.

"Masa fail kami akan beritahu, sekarang agak sukar nak dijelaskan.

"Arahan nak failkan memang sudah confirm," ujar Akberdin.

Sementara itu, mStar melaporkan sejak bulan lalu lagi Diana telah meminta Akberdin bersedia dengan sebarang kemungkinan berhubung dengan rumah tangganya dengan Farid.

Peguam itu turut memaklumkan permohonan itu akan difailkan selewat-lewatnya pada Isnin, 4 November 2024.

Kata Akberdin lagi, pihaknya akan membuat pengesahan rujuk dibuat pasangan itu pada 31 Ogos tahun lalu sebelum meneruskan proses memfailkan penceraian.

Menurutnya, perkara itu perlu dilakukan sebagai prosedur mahkamah yang sudah ditetapkan.

Artikel berkaitan:

Diana terdahulu memutuskan untuk berpisah secara rasmi buat kali kedua dengan dengan Farid dan meminta aktor itu agar tidak memujuknya.

Farid dan Diana itu terdahulu pernah bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos 2023 namun kembali rujuk pada 31 Ogos tahun yang sama.

Diana sebelum itu mengakui mereka berdua bermuhasabah diri dan menilai semula perkahwinan sebelum mengambil keputusan untuk rujuk.

Pasangan berkenaan berkahwin pada 3 November 2012 di Flamingo By The Lake, Ampang.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sumber: Berita Harian, mStar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang