Momen berharga Bella Astillah main muzik bersama Tun Hasmah. 'Bergenang air mata, mereka berdua penyayang, mesra dan sangat tulus'
BERTUAHNYA penyanyi dan pelakon, Bella Astillah kerana berpeluang bermain muzik bersama isteri negarawan tersohor, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.
Berkongsi dalam satu hantaran di media sosial, pemiilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah itu menyifatkan momen berharga itu sebagai mimpi yang menjadi kenyataan.
“Masih terasa seperti mimpi yang menjadi kenyataan. Bulan lalu, mama menerima satu panggilan iaitu jemputan untuk saya membuat persembahan bersama Tun Hasmah.
"Pada mulanya saya sendiri sukar untuk percaya, sehinggalah saya lihat mesej itu sendiri dan bercakap dengan Kak Maryam/Kak Azah.
"Sungguh, tidak pernah terlintas walau dalam sejuta kemungkinan bahawa perkara ini akan berlaku. Alhamdulillah!” ujarnya.
Titip Bella, kesempatan untuk berbual, bergelak ketawa dan menikmati makan tengah hari bersama Tun Hasmah dan Tun Dr Mahathir cukup bermakna walaupun perlu bergegas menghadiri kelas.
“Hari ini, saya berpeluang bertemu mereka, bermain muzik bersama Tun Hasmah, dan berkongsi cerita serta gelak tawa.
“Tun M dan Tun Hasmah dengan begitu baik hati menjemput saya untuk turut serta makan tengah hari, walaupun saya sebenarnya sudah lambat untuk ke kelas (dan sejujurnya, saya langsung tak kisah pun hehe),” tulisnya dalam nada berseloroh.
Pengalaman bersejarah itu mengundang rasa sebak buat Bella apabila berkesempatan menyaksikan sendiri kelembutan dan keperibadian Tun M dan Tun Hasmah.
“Tadi sempat bergenang air mata sekejap… Mereka berdua sungguh baik, penyayang, mesra dan sangat tulus. Masya-ALLAH.
"Semoga ALLAH SWT terus mengurniakan kesihatan yang baik buat mereka berdua, insya-ALLAH, amin Ya Rabb. Mereka memang pasangan ‘sweethearts’ sejati Malaysia,” kongsinya.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
