'Saya tak sayang daddy dah!' Fatima beritahu punca menangis, pujukan Fazura jadi perhatian. 'Don't say that...'
ANAK kepada pelakon dan usahawan, Nur Fazura dan Fattah Amin menjadi perhatian warganet selepas meluahkan tentang kasih sayang dan kecintaan kepada bapa tersayang.
Fazura dan Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun muncul menerusi sesi TikTok live mempromosikan produk keluarannya menjawab pertanyaan warganet.
Salah satunya ialah bertanyakan tentang punca tangisan si kecil itu pada tengah hari sebelumnya.
Walau bagaimanapun, jawapan Fatima memberi kejutan kepada rata-rata yang menonton ketika itu.
"I don’t love daddy anymore (Saya tak nak daddy).
"I don't want daddy anymore (Saya tak sayang daddy dah)," kata Fatima dalam wajah yang muram.
Dalam pada itu, Fazura dipuji kerana memberi teguran kepada Fatima untuk tidak membenci ayahnya sendiri.
"Tak boleh cakap macam itu.
"Fatima selalu sayang Daddy, kan?" ungkap Fazura memujuk.
Maklum balas netizen bercampur baur. Ada yang kurang bersetuju dan pada masa sama membela Fazura atas insiden spontan reaksi Fatima.
"Bagus Fazura terus pujuk Fatima, elak anak berprasangka buruk kepada bapanya."
"Merajuk sahaja, tentu ibunya tidak ajar yang bukan-bukan. Anak saya pun kalau saya baru bergaduh dengan bapanya akan cakap tak suka papa nak beli papa baru."
"Anak merajuk itu normal, kita sebagai orang luar jangan lebih-lebih."
"Ibu bapa yang baik tidak akan burukkan antara satu sama lain kepada anak-anak."
Terdahulu, Fattah memuat naik foto memaparkan Fatima bersedih kerana tidak mampu meluangkan masa yang lama dengan si kecil itu.
Fatima yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 adalah hasil perkahwinan Fattah dan Fazura.
Melangsungkan perkahwinan pada 27 November 2017, mereka secara rasmi bercerai pada 4 November tahun lalu.
Terdahulu, Fattah yang bersetuju memberikan hak penjagaan Fatima kepada Fazura.
Fattah mendapat hak lawatan bermalam dan lawatan harian meskipun hak penjagaan jatuh sepenuhnya kepada Fazura.
Untuk lawatan bermalam, Fattah diberikan hak sebanyak dua kali sebulan bergantung kepada kelapangan Fattah iaitu jemput Fatima pada hari Jumaat dan menghantarnya semula pada hari Ahad.
Fattah juga perlu memaklumkan dua hari sebelum minggu lawatan untuk bermalam dengan Fatima.
Manakala, untuk lawatan harian dan tanpa bermalam, Fattah dibenarkan untuk meluangkan masa bersama Fatimah sebanyak tiga kali seminggu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang