Sempena anniversary ketiga, Yusuf Bahrin titip ucapan buat Zizi Kirana. 'Roller coaster itu normal, semua orang kena hadap, yang penting...'

No Image Caption
A
A
A

PASANGAN sejoli, pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi Zizi Kirana nampaknya sudah memasuki tahun ketiga perkahwinan.

Menerusi perkongsian di Instagram, Yusuf, 33, menzahirkan rasa bersyukur dapat melayari bahtera perkahwinan bersama Zizi dengan bahagia.

No Image Caption

"Sanah helwah sayang, isteri, kawan baik, kawan gaduh, tempat bermanja, tempat bercerita dan mendengar, penyokong bola yang setia, cef nasi tomato special resipi mak dan banyak lagi kerana sudah tiga tahun lebih ALLAH izinkan kita hidup bersama," kongsinya.

Menyambut ulang tahun perkahwinan dan ulang tahun kelahiran ke-40 Zizi sekali gus, pelakon drama Calon Menantu Tuan Rumah dan Sweet Dreams turut mencoretkan doa.

"Jadi ini kali ketiga saya berikan ucapan hari lahir buat awak. Rasanya kalau 30 tahun usia perkahwinan, saya kena buat buku khas untuk wish birthday.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

"Roller coaster itu normal, semua orang kena hadap, yang penting selesaikan dengan baik.

"Alhamdulillah ALLAH masih pinjamkan nyawa dan usia untuk awak sampai ke hari ini dan seterusnya, insya-ALLAH.

"Alhamdulillah ALLAH masih izinkan kita hidup bersama. Saya sentiasa doakan kejayaan dunia akhirat awak dan ingin minta kalian yang membaca hantaran ini mendoakan isteri saya. terima kasih semua," titipnya.

Warganet tidak lupa mendoakan kebahagiaan buat mereka.

Sekadar info, Yusuf dan Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie binti Mad Tahil berkahwin pada September 2021 selepas sebulan bertunang.

HUKUM MAJLIS ULANG TAHUN PERKAHWINAN DAN KELAHIRAN DALAM ISLAM

1-Menurut Pejabat Mufti Wilayah, hukumnya harus, tetapi mestilah mengikuti beberapa garis panduan seperti tidak diiktikadkan sambutan tersebut sebagai pegangan Islam atau sunah mahupun digalakkan.

2-Bagaimanapun, jika ia semata-mata memperingati dan menzahirkan rasa gembira di samping muhasabah diri betapa dekatnya dengan kematian dan muamalah antara suami dan isteri maka ia dibolehkan.

3-Namun, jika pada sambutan berkenaan membawa kepada percampuran kepada lelaki dan perempuan tanpa batasan, ucapan yang dimurkai Allah, nyanyian dan tarian yang keji, maka hukumnya tidak harus, kerana perhimpunan atas kebatilan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang