Sempena birthday, Aaisyah beli 10 barang di uptown, cara Zain ajar hidup bersederhana dipuji. 'Anak jutawan pun relaks ja'

No Image Caption
A
A
A

SUKA betul tengok bonding 'daddy-daughter' Zain Saidin dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana. Banyak melakukan aktiviti bersama, kedua-duanya sangat rapat.

Biarpun diulit kemewahan, aktor itu tidak lupa mendedahkan realiti sebenar kehidupan yang serba sederhana.

Genap 10 tahun pada 1 November lalu, satu-satunya puteri Rozita Che Wan itu menerima kejutan dibawa menjejakkan kaki di lokasi membeli-belah iaitu pasar terbuka yang beroperasi pada waktu malam iaitu uptown.

No Image Caption

Zain atau nama lengkapnya Mohamad Zain Mohd Saidin hanya membenarkan Aaisyah membeli 10 jenis item sempena ulang tahun kelahirannya di sana.

“Kita dah dekat kat Uptown Kota Damansara. Ini kali pertama Aaisyah datang sini dia tak pernah datang. Jadi saya nak tunjuk Aaisyah kat sini ada apa.

“Dia boleh beli 10 benda sebab hari jadi yang ke 10 tahun,” kata Zain.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Pandai memilih barang yang diminati, Aaisyah dilihat membeli beberapa barang termasuklah alat solek, kipas mini, topi, baju dan kasut sukan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji ktor berdarah campuran Melayu–Inggeris itu memilih uptown untuk membeli belah yang secara tidak langsung dapat membantu jualan peniaga tempatan.

No Image Caption

Ujar mereka;

"Anak jutawan pon relax ja shopping kat uptown. Yang kita pula sanggup berhutang untuk pakai barang branded."

"Wow uptown jer. Bagus Zain ajar anak bersederhana. Terbaik!"

"Sempoi anak Che Ta, kat mana-mana pun dia boleh shoping. Ingat pandai ke tempat kayangan jer rupanya tak memilih. Bagus ayah dia ajar anak bersederhana."

"Haha lain betul karakter Aaisyah bila engan daddy dia. Jadi budak comel gitu. She's so real when she's with her daddy."

"Anak artis yang kaya-raya pun lepak uptown juga.. I really love Che Ta and Zain jaga anak mereka. Humble sangat."

Sekadar info, Zain dan Rozita bernikah ada 13 Disember 2013.

Pelakon Oh My English dan Awan Dania itu terdahulu memiliki dua orang anak tiri lelaki daripada perkahwinan pertama Rozita iaitu iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang