Seniwati Sofia Ibrahim pergi selamanya akibat asma pada usia 77 tahun

No Image Caption
A
A
A

PELAKON veteran Sofia Ibrahim menghembuskan nafas terakhir pada usia 77 tahun di sebuah hospital swasta pada 7.15 malam, Isnin akibat asma.

Berita pemergian Sophia disahkan sendiri oleh anaknya, Hairie Kool atau nama sebenarnya Mohd Khairi Yaacob.

"Ya, ibu saya telah menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital swasta di Ampang. Petang tadi ibu batuk teruk dan sukar bernafas, saya terus membawanya ke sini (pusat perubatan swasta). Ibu memang menghidap asma," katanya.

Beliau berkata jenazah ibunya dijangka disolatkan di Surau Al Hijrah, Taman Bolton, Batu Caves sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda di sini pada kira-kira 11 pagi ini.

No Image Caption

Sophia mula aktif dalam dunia lakonan seawal usia 15 tahun menerusi filem Ragam P. Ramlee (1964) sebelum menyerlah dengan filem seperti Dr Rushdi, Cinta 200 Ela, Pontianak Harum Sundal Malam dan Puteri Impian.

Allahyarham adalah anak sulung daripada 10 orang adik beradik dan merupakan kakak kepada penyanyi terkenal, Datuk Khadijah Ibrahim dan pelakon 1970-an Latif Ibrahim yang telah meninggal dunia pada 2012.

Pada Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada seniwati legenda itu bagi meringankan kos perubatan selepas beliau mengalami katarak.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Berita pemergian Allahyarham mendapat perhatian Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang turut mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Menyifatkan Allahyarham seorang bintang seni unggul, beliau berkata, Sophia telah menyumbang secara signifikan kepada perkembangan dunia perfileman sejak era 1960-an.

"Sepanjang perjalanan kerjayanya, beliau bukan sahaja menyerikan pentas lakonan malah turut membentuk warisan yang begitu bermakna dalam khazanah sinema Melayu.

"Saya pasti pemergian beliau amat dirasai oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya para peminat filem Melayu dan seni budaya," katanya menerusi hantaran di platform X.

Sofia berasal dari keluarga anak wayang kerana arwah datuknya, Aman Belon mempunyai grup bangsawan tahun 1950-an yang sezaman dengan kumpulan bangsawan Wayang Kasim, Bangsawan Zanibar Royal Theaterical Company of Singapore dan Yap Chow Tong Opera.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang