Nora Ariffin mahu dilepaskan, Dr Rushdi pilih bertahan. Perbicaraan sambung 4 Jun. ‘Kalau teruskan masih toksik…’

No Image Caption
A
A
A

EPISOD keretakan rumah tangga penyanyi Datuk Nora Ariffin masih belum bertemu tanda noktah apabila suaminya, Dr Rushdi Ramli memilih untuk tidak melafazkan cerai pada prosiding pertama permohonan perceraian yang berlangsung pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Peguam yang mewakili Nora, Sarah Mohd Ali, sejurus keluar dari bilik bicara Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Sarah berkata prosiding kedua kes perceraian berkenaan akan bersambung pada 4 Jun depan.

Pada masa sama, Sarah turut memaklumkan kepada SinarPlus bahawa pada tarikh tersebut juga akan berlangsung proses pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) melibatkan kedua-dua pihak.

Namun, setakat ini Nora atau nama sebenarnya Wan Norafiza Ariffin belum melantik JKP bagi pihak plaintif.

Sementara itu, alasan penolakan talak oleh pihak defendan tidak dikongsikan secara terbuka kerana tiada pernyataan direkodkan dalam mahkamah.

Jelas Sarah lagi, anak guamnya kekal dengan pendirian untuk meneruskan permohonan penceraian hingga ke akhirnya mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang keluarga Islam (Negeri Selangor) 2023.

Dalam reaksi berbeza, penyanyi Desa Tercinta itu mengakui terkejut dengan keputusan Dr Rushdi yang memilih untuk tidak melepaskannya, sedangkan dirinya sudah lama bersedia untuk mengakhiri ikatan perkahwinan tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Sejujurnya saya tidak tahu apa keputusan dia hari ini kerana tidak pernah tanya, malah saya lebih bersedia kalau dia nak teruskan (lafaz cerai).

“Saya kena fikir juga kalau meneruskan (perkahwinan) ia akan menjadi perkara yang sama dan mahu keluar dari perkara toksik.

“Keputusan dia (suami) hari ini saya rasa tidak dipengaruhi oleh sesiapa, jadi saya sebagai isteri hanya hormati tetapi perlu berbincang,” katanya.

Terdahulu, Nora mencuri perhatian ramai apabila berkongsi sekeping foto dirinya berada di Mahkamah Syariah Hulu Langat yang menimbulkan spekulasi bahawa beliau mahu menamatkan perkahwinan bersama pensyarah kanan dari Universiti Malaya itu.

Lebih mengejutkan, Dr. Rushdi sendiri tampil memberi kenyataan yang seolah-olah mengiyakan tekanan yang wujud daripada pihak luar sehingga menjadi antara faktor perpisahan mereka.

Tindakan Nora memfailkan penceraian ini turut menyusul selepas beberapa kali menyuarakan hasrat yang sama kerana kegagalan mencari jalan penyelesaian dalam kemelut rumah tangganya.

Untuk makluman, Nora dan Dr. Rushdi mendirikan rumah tangga secara tertutup sekitar akhir tahun 2021.

Sebelum ini, Nora pernah melalui fasa duka apabila kehilangan suami pertamanya, Allahyarham Johan Nawawi, yang juga seorang komposer terkenal.

Mereka berkahwin pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang