Teman isteri ke mahkamah kerana road tax mati, Shahrol Shiro buat warganet terhibur - 'Pertama kali dia mengaku salah' 

No Image Caption
A
A
A

PELAWAK dan penyampai radio, Shahrol Shiro mencuit hati warganet apabila berkongsi momen lucu menemani isterinya ke mahkamah atas kesalahan membawa kenderaan dengan cukai jalan (road tax) yang tamat tempoh.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, 41, berseloroh mengatakan, itu kali pertama isterinya ‘mengaku salah’ di hadapan hakim, sekali gus mengundang gelak tawa pengikutnya.

"Gembira keluar mahkamah hari ini bersama dengan isteri saya di atas kesalahan terlupa memperbaharui cukai jalan.

"Tapi di mahkamah saya sangat berpuas hati kerana buat kali pertama isteri mengaku bersalah di hadapan hakim.

"Puan Nor Farhanah Syamimi, adakah anda mengaku bersalah? Saya bersalah.

"Kalau di rumah, 'Sayang eh bukan salah I, salah you. Semua salah you."

"Wah, depan hakim saya bersalah. Satu kepuasan," kongsinya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Warganet terhibur dengan perkongsian Shahrol yang memaparkan detik lucu menemani isterinya ke mahkamah.

"Akhirnya kemenangan milik lelaki."

"Laki bini masuk air. Suka tengok Shahrol Azizie Azmi dan Hana. Semoga kebahagiaan ini kekal hingga ke syurga aamiin."

"Nampaknya awak kena jadi hakim di rumah. Boleh cari rambut palsu warna putih tu pakai kat rumah."

"Kita memperoleh kemenangan yang pertama."

Sekadar info, Shahrol berkahwin dengan Nor Farhanah Syamimi pada 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Shahrol mendirikan kali pertama pada tahun 2008 namun berpisah tiga tahun kemudian. Daripada perkahwinan itu, Shahrol  dikurniakan anak lelaki dinamakan Muhd Adam Danish.

Sumber: Facebook

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang