'Terima kasih isteri, jaga ibu.' Nafi kena paksa kahwin, Fikry Ibrahim jelaskan sebab pilih rahsiakan pernikahan

No Image Caption
A
A
A

MAJLIS pernikahan membabitkan pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim, baru-baru ini mengejutkan ramai, lebih-lebih lagi peminat beliau.

Manakan tidak, aktor hitam manis itu sama sekali tidak berkongsi berita tersebut atau memberi 'hint' kepada mana-mana pihak dirinya bakal bergelar raja sehari.

Bahkan timbul rumor segelintir pihak kononnya pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu seolah-olah kena paksa kahwin.

Enggan mana-mana pihak membuat spekulasi yang bukan-bukan, pemilik nama sebenar, Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim tampil memberikan penjelasan di atas perkahwinan mengejutnya yang berlangsung pada Rabu lalu.

Menurut tuan punya badan, beliau tidak berniat merahsiakan perkahwinan tersebut daripada pengetahuan umum.

No Image Caption

Sebaliknya, memilih untuk tidak menghebahkan perkara yang belum pasti kepada peminat.

"Bukan mahu merahsiakan perkahwinan tapi saya percaya jika belum pasti jangan kongsi,” katanya.

Perkara tersebut dikongsikan Fikry menerusi program Melodi yang dikendalikannya bersama Ain Edruce pada malam Khamis.

Pada masa sama, beliau turut menolak dakwaan seolah-olah terpaksa berkahwin susulan raut wajahnya yang kelihatan seperti tidak ceria dalam gambar pernikahan tersebut.

Tanggungjawab berat

Sebaliknya, suami kepada Khalizah Alihan itu menjelaskan, mungkin itu disebabkan beliau sedang berfikir tentang tanggungjawab yang semakin berat selepas ini.

Pada masa sama, anak kelahiran Jelapang Padi itu mengakui tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai anak dalam menjaga ibunya yang semakin uzur di kampung.

"Apabila ada kata muka saya macam tak rela, kena paksa kahwin... Itu salah!

“Mungkin ketika itu saya sedang berfikir macam mana nak jadi seorang suami dan anak bertanggungjawab dan kena adil,” katanya lagi.

No Image Caption

Fikry juga turut melahirkan rasa terhutang budi kepada isterinya kerana sudi dan sanggup menjaga ibunya di Kedah ketika dia sedang bekerja ketika ini.

"Terima kasih sayang sudi menjaga ibu di Kedah,” kata Fikry.

Sumber: YouTube Melodi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang