Zahnita sebak, perolehi perintah perlindungan interim terhadap suami. 'Kebebasan buat saya dan anak-anak'

Kredit foto: Malaysia Gazzette
Kredit foto: Malaysia Gazzette
A
A
A

ZAHNITA sebak dan menzahirkan kesyukuran selepas permohonan perintah perlindungan interim (IPO) diluluskan Mahkamah Majistret Kuantan, Pahang.

Keputusan yang dibuat Majistret Wahida Zainal Abidin itu bagi menghentikan suaminya iaitu Abdul Zackery Ghouse Abd Gafoor, 46, daripada meneruskan kelakuan ganas terhadap Zahnita.

Memetik portal hiburan tempatan, pemilik nama Zahnita Dorothy Hussein Wilson itu menyifatkan keputusan itu membawa makna yang besar dalam hidup dan empat orang anaknya.

"la merupakan kebebasan buat saya dan anak-anak," katanya.



No Image Caption

Sekadar info, IPO merupakan peruntukan dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 bagi memberi perlindungan perundangan sementara untuk mangsa, anak-anaknya dan saudara-maranya.

Artikel Berkaitan:

Ia adalah perintah mahkamah untuk hentikan suami, ibu bapa atau saudara yang mendera daripada meneruskan kelakuan ganas terhadap mangsa.

IPO adalah sementara dan sah selagi siasatan dijalankan oleh polis serta sering diguna untuk penghalang yang kuat terhadap keganasan berterusan.

Terdahulu, Abdul Zackery mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan alas pertuduhan melakukan kecederaan terhadap isterinya di sebuah rumah di Lorong Indera Mahkota, Kuantan, jam 8.20 pagi pada 7 Mei lalu.

Kes berkenaan dibicarakan di bawah Seksyen 323 Kanun keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Kredit foto: Kosmo
Kredit foto: Kosmo

Lelaki itu juga didakwa menggunakan dadah berbahaya iaitu 11-nor-delta-9-Tetrahydronnabinol-9-Carboxylic Acid di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, jam 5.45 petang, pada 2 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1) akta sama dan dibaca Bersama seksyen 38B akta yang sama.

Imbas kembali, 2 Disember lalu Zahnita berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kiri dalam keadaan lebam yang membawa kepada pendedahakan keganasan rumah tangga yang dilaluinya.

Difahamkan, pergaduhan tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

11 info berkaitan permohonan Perintah Perlindungan Interim (IPO)

1-Perintah Perlindungan Interim (IPO – Interim Protection Order) ialah satu peruntukan penting dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang memberi perlindungan perundangan sementara untuk mangsa, anak-anaknya dan saudara maranya.

2-IPO adalah perintah mahkamah untuk hentikan suami, ibu bapa atau saudara yang mendera daripada meneruskan kelakuan ganas terhadap mangsa. Ia sementara dan sah selagi siasatan dijalankan oleh polis serta sering diguna pakai sebagai penghalang yang kuat terhadap keganasan berterusan.

3-Jika anda wanita mangsa keganasan rumah tangga bimbang keselamatan diri anda atau anak-anak atau menghadapi keganasan berterusan daripada pendera, anda mesti memaklumkan kepada pegawai bertugas (IO) yang anda mahu mendapatkan IPO.

4-Anda juga boleh meminta supaya IPO tersebut menyertakan anak-anak anda atau ahli keluarga lain yang dibimbangi keselamatan mereka.

5-Jika IO berpendapat yang anda patut mendapat IPO, IO tersebut akan menyerahkan kepada anda satu surat rujukan yang mengesahkan bahawa kes tersebut adalah di bawah siasatan polis.

6-Anda kemudian perlu membawa surat rujukan tersebut ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama dengan kad pengenalan anda/ sijil kelahiran dan anak-anak, dan laporan perubatan kerajaan (jika ada). Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kemudiannya akan membantu anda memohon IPO di Mahkamah Majistret. Sesalinan IPO akan diberi kepada anda.

7-Sekiranya anda mahu mengambil barang milik anda, tetapi terlalu takut untuk kembali ke rumah anda, anda boleh membuat permintaan kepada IO supaya ditemani oleh seorang pegawai polis untuk pergi mengambil barang-barang anda.

8-Apabila IPO dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret, polis akan menyerahkan IPO tersebut kepada pihak tertuduh dalam tempoh tujuh hari.

9-Syarat atau peruntukan tambahan boleh dimasukkan dalam PO ialah seperti menghalang pendera daripada memasuki rumah anda atau tempat kerja anda, menjaga jarak sekurang-kurangnya 50 meter daripada anda.

10-2-Apabila siasatan polis selesai, IPO tidak lagi boleh diguna pakai. Jika pelaku dituduh di mahkamah dengan kesalahan keganasan rumah tangga, mahkamah boleh mengeluarkan Perintah Perlindungan (PO – Protection Order) untuk perlindungan mangsa. Anda perlu membuat permintaan tersebut kepada Pegawai Penyiasat (IO) dan Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

11-PO boleh memberi perlindungan maksima kepada anda sehingga setahun. Jika PO dilanggar, mangsa perlu bertindak melaporkan kepada polis dengan segera.

Sumber: mStar, Woman Centre for Change

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang