Nina Ismail Sabri kongsi bapa semakin pulih. 'Takut membayangkan dunia tanpa ayah tercinta....'

No Image Caption
A
A
A

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya selepas tidak sedarkan diri di rumah, baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian di Instagram Story milik anaknya Nina Sabrina Ismail Sabri, beliau meluahkan betapa dunia seakan-akan terhenti seketika apabila menyaksikan kejadian itu pada awal pagi Sabtu.

Bagaimanapun, isteri kepada Hafiz Osman itu mengakui bersyukur apabila ayahanda tercinta kini dalam keadaan stabil dan sudah sedarkan diri.

"Pagi semalam (Sabtu) terasa begitu kabur bagi saya, tetapi keadaan sedikit demi sedikit bertambah baik pada sebelah petang, jadi Alhamdulillah untuk itu.

"Beliau kini sudah sedar, dalam keadaan stabil dan semakin pulih," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Ketika menunggu ayahnya kembali sedar, Nina sempat merenung kembali gambar-gambar lama yang diambil pada tahun 2014.

Kakak kepada penyanyi Akademi Fantasia, Dafi itu berkata, masa terasa begitu pantas berlalu, lebih-lebih lagi apabila menyedari ayahnya kini sudah mencecah usia 65 tahun.

"Gambar ayah saya yang diambil pada tahun 2014. Semalam, sementara menunggu beliau sedar, saya melihat kembali foto-foto lama dan baru tersedar betapa banyaknya ayah telah berubah dan di mamah usia.

"Saya selalu berkata bahawa saya semakin tua, sehingga kadang-kadang lupa bahawa ibu bapa saya jauh lebih berusia," luahnya.

Menurut usahawan jelita berkenaan, perasaan takut mula menyelinap dalam diri apabila melihat insan sekeliling kehilangan ibu bapa mereka.

Beliau turut merenung sejenak, memikirkan berapa lama lagi kesempatan yang ada untuk meluangkan masa bersama ayah tercinta.

"Ramai rakan saya baru sahaja kehilangan ibu bapa mereka, dan semalam membuatkan saya berfikir... berapa lama lagi masa yang saya ada bersama mereka?

"Menakutkan untuk membayangkan dunia tanpa mereka," katanya.

Dafi turut memaklumkan bahawa tekanan darah tinggi menjadi punca ayahnya pitam.

Ibu kepada seorang puteri tunggal itu turut menitipkan pesanan buat orang ramai agar tidak mengabaikan kesihatan ibu bapa dengan memastikan mereka menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Meskipun ada ketikanya mereka enggan atau cuba mengelak, sebagai anak, kita perlu lebih bersabar dan berusaha meyakinkan mereka demi kesejahteraan jangka panjang.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang