'Bukan ibu tiri, tapi mummy sebenar!' Ucapan syahdu Thalita buat Watie Hanifiah menitis air mata di hari graduasi

No Image Caption
A
A
A

ISTERI kepada pelawak terkenal Shuib Sepahtu, Watie Hanifiah, gagal menahan sebak apabila anak tirinya, Zakirah Thalita Zahra meluahkan penghargaan yang menyentuh hati pada majlis graduasi baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Instagram,Watie atau lebih mesra disapa Mummy oleh anak-anak Shuib menitis air mata sewaktu mendengar ucapan Talita di atas pentas.

Dalam ucapan penuh emosi itu, anak kedua Shuib bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin itu telah menyebut nama Watie selain ibu kandung dan bapanya sendiri.

“Pertama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada daddy, ibu dan mummy,” kata Talita memulakan ucapan yang disiarkan menerusi video media sosial.

Talita turut menyelitkan ucapan mengenang arwah ibunya, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia akibat Covid-19 empat tahun lalu.

No Image Caption

“Ibu, walaupun kami tidak berpeluang untuk melihat saya bergraduasi sekolah rendah, saya akan sentiasa menyayanginya,” luah Talita.

Dalam ucapan penuh emosi itu, Talita menyentuh peranan Watie dalam hidupnya.

Artikel Berkaitan:

“Untuk Mummy Watie, walaupun orang ramai akan sentiasa menganggap mummy ibu tiri, saya melihat mummy sebagai ibu yang sebenar,” tutur Talita.

Pengakuan ikhlas penyanyi remaja itu jelas menyentuh hati Watie. Menerusi kapsyen, Watie meluahkan rasa terharu, bangga dan syukur atas penerimaan Thalita.

“Congratulation on your graduation Dzakira Talita Zahra. So proud of you! 

No Image Caption

"Hujung-hujung video ini kamera bergoyang-goyang sebab mummy sudah mula menitik air mata dengar ucapan awak.

“Terima kasih kerana dalam ibu dan daddy, sentiasa ada nama mummy di bibir dan hati awak. 

"Semoga awak sentiasa menjadi kebanggaan keluarga dalam apa jua yang hal yang diperjuangkan,” tulis Watie pada kapsyen turut menandakan akaun Shuib dan Talita.

Kasih sayang yang dipamerkan oleh Watie terhadap anak-anak Shuib sentiasa dipuji oleh netizen. 

Mereka melihat ikatan antara Watie dan anak-anak tirinya, terutamanya Talita, sebagai bukti sebuah keluarga bahagia tanpa mengira status ibu tiri.

Sekadar info, Watie dan Shuib diijab kabul pada 23 Jun 2023. 

Shuib terdahulu memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah iaitu Uwais Alqarni, 14, Dzahira Talita Zahra, 12, Ariq Matin, 9, Ayash Affan, 4.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang