Latif Romly kini bergelar ayah, isteri selamat bersalin bayi perempuan
ATLET paralimpik kebanggaan negara, Datuk Abdul Latif Romly, melangkah ke fasa baharu sebagai bapa selepas isterinya, Datin Nurul Nabila Farhana Musaidi selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada Jumaat.
Menerusi hantaran ringkas di Instagram, jaguh paralimpik dunia lompat jauh T20 itu memuat naik foto beliau dan isteri bersama si kecil di sebuah pusat perubatan swasta di Perlis.
"Syukur Alhamdulilah isteri saya selamat melahirkan baby girl pada 16 Januari 2026 jam 11.45 malam," titipnya.

Terdahulu, pasangan itu berkongsi kepada umum tentang kehamilan anak pertama mereka pada Oktober lalu.
Abdul Latif merupakan atlet berprestij yang pernah memenangi pingat emas pada Sukan Paralimpik 2016 dan 2020. Beliau turut meraih pingat emas Kejohanan Dunia pada tahun 2015, 2017, 2023, 2024 dan 2025 selain mencipta rekod dunia dengan lompatan sejauh 7.67 meter pada Kejohanan Dunia Olahraga Para 2025.
Terdahulu, beliau dengan Nurul Nabila berkahwin pada 13 Disember 2022. Rakan sejak zaman persekolahan di Sekolah Menengah Syed Alwi, Kangar, Perlis itu telah mengikat tali pertunangan pada 23 Oktober 2021.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
