Sheera Iskandar timang anak kedua.'Selamat datang ke dunia, amanah kecil bawa kebahagiaan besar'

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat pelakon Sheera Iskandar yang selamat melahirkan anak keduanya.

Berita gembira itu dikongsikan oleh suami Sheera, Mohd Halim Abdul Gani  menerusi satu hantaran di Instagram.

Tidak berkongsi lanjut waktu kelahiran dan jantina si kecil, pasangan itu bersyukur atas kelahiran anak kedua yang dianggap amanah. 

"Bismillah. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tiada kata yang mampu menggambarkan rasa syukur di hati kami.

No Image Caption

"Dengan izin dan rahmat-NYA ALLAH kurniakan kepada kami cahaya mata kedua. Satu amanah kecil yang membawa kebahagiaan besar.

"Alhamdulillah. Selamat datang ke dunia sayang. Dalam diam, ALLAH hadiahkan satu lagi nikmat yang mengubah segalanya. Alhamdulillah atas kelahiran cahaya mata kedua kami," kongsinya.

Dalam pada itu, Abdul Halim tidak lupa menzahirkan penghargaan buat Sheera, 40, atas pengorbanan besar melahirkan zuriat mereka ke dunia.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih Ya ALLAH atas nikmat, kekuatan dan kasih sayang ini. Terima kasih buat isteri tercinta atas pengorbanan yang luar biasa.

"Moga anak ini membesar dengan sihat, dilindungi-NYA, menjadi insan yang solehah, berakhlak baik dan membahagiakan keluarga," titipnya.

Hantaran berkenaan menerima ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat. Rata-rata mendoakan agar si kecil membesar dengan sihat.

Sekadar info, Sheera atau nama penuhnya Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra berkahwin dengan Mohd Halim pada tahun 3 Mei 2021.

Mereka dikurniakan anak sulung perempuan, Puteri Long Harissa pada pada 22 Mei 2022.

Pelakon Gerak Khas dan Si Capik itu terdahulu berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015 dan berpisah pada hujung 2018.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang