“Tak mahu kasih sayang palsu…", Edika Yusof reda jika takdir berpisah, libatkan pakar perubatan selamatkan rumah tanggga

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS lebih dua dekad berkongsi hidup, rumah tangga pasangan selebriti Edika Yusof dan Nor Hidayah Yusri kini berdepan ujian getir apabila kedua-duanya hadir ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur hari ini bagi prosiding penceraian.

Kelibat Nor Hidayah yang tiba lebih awal, kelihatan menaiki kerusi roda sambil ditemani anak lelakinya, menarik perhatian ramai.

Namun, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai prosiding yang berlangsung hari ini.

Dalam pada itu, Edika yang popular menerusi filem Maria Mariana, tampil tenang dan menyatakan dirinya tidak berniat melambatkan proses penceraian, bahkan menghormati permintaan isteri serta tidak mahu hidup dalam kasih sayang palsu jika perkahwinan itu diteruskan.

Tambah aktor berusia 58 tahun itu, dia masih berharap agar ruang perbincangan dibuka dengan melibatkan pakar perubatan, memandangkan isterinya menghidap penyakit meningitis, sejenis jangkitan kuman pada otak yang turut memberi kesan terhadap kestabilan emosi.

“Kalau orang dah minta cerai, kita tak nak teruskan, dan tiada kasih sayang macam dulu buang masa juga. Kita cuba untuk berbincang. Saya mahu minta kerjasama mahkamah dengan doktor pakar juga. Kita kena kaunseling dulu sebelum putuskan apa masalah kita.

“Sebenarnya isteri saya hidap meningitis sejak dulu. Penyakit ini ada kesan terhadap emosi. Sebab itu saya harap kita diberi peluang untuk lalui sesi kaunseling dulu,”katanya.

Edika turut meluahkan rasa berat hati untuk melalui episod penceraian selepas 22 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama isteri tercinta, apatah lagi anak-anak juga dilihat tidak bersetuju dengan keputusan untuk berpisah.

Artikel Berkaitan:

“Saya cubalah.Bab penceraian, siapa suka. Kita dah bina rumah rangga 22 tahun. Anak-anak pun kalau tanya, tak setuju juga,” kongsinya.

Sekadar info, Nor Hidayah difahamkan telah memfailkan perceraian pada penghujung Mac lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. Hidayah turut mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang