SVG Worldwide dan Selangor FC lancar koleksi terbaru High Mile Club 24
SVG Worldwide dan Selangor FC dengan bangga mengadakan pelancaran koleksi terbaru, "High Mile Club 24" di Petronas Sepang International Circuit.
Tujuan acara ini adalah untuk mempamerkan produk kolaborasi antara SVG Worldwide dan Selangor FC. Majlis tersebut dihadiri 300 tetamu, termasuk tetamu kenamaan, rakan-rakan serta keluarga SVG Worldwide dan Selangor FC.
Bermula dengan pembukaan video daripada Petronas Sepang International Circuit, diikuti dengan pembentangan oleh Ashraf Anuar dan Ridhuan Mahmud mengenai produk dikeluarkan secara rasmi pada 8 Jun lalu, para tetamu turut disajikan dengan majlis fashion show yang digayakan oleh Nimroc dengan mengenakan produk terbaharu.
lebih istimewa lagi, acara tersebut turut dihadiri oleh Amirul Hakeem & Halisya dengan "Trivela Varsity", diikuti oleh Aizat dan Faazaini dengan "The Imperium Crewneck", dan diakhiri dengan Izlan Iskandar dan Azam dengan "Kick Off Tee" dan "Jaquard Scarf".
Tamat pertunjukkan fesyen, majlis dimeriahkan dengan acara cabutan bertuah. Lima hadiah telah dimenangi oleh tetamu yang bertuah, termasuk "Trivela Varsity", "The Imperium Crewneck", "Kick Off Tee", "Jaquard Scarf", dan "Travel Kit".
Mengakhiri majlis pada malam tersebut, satu tayangan video rasmi kolaborasi antara SVG Worldwide dan Selangor FC dipersembahkan buat tetamu yang hadir.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang