Larrie lancar koleksi kasual wanita LA+2cm, lebih santai dan selesa bergaya
JENAMA kasut Larrie baru-baru ini telah melancarkan kasut kasual wanita, LA+2cm dengan inovasi penambahan ketinggian sebanyak dua sentimeter (2 cm) bagi menonjolkan ketinggian kepada pengguna.
Menggabungkan keselesaan dan gaya, LA+2cm berfungsi sebagai kasut kasual dan santai dengan tapak lebih tinggi serta memiliki ciri-ciri ampungan berat badan yang lebih ergonamik.
Koleksi tersebut menampilkan material fabrik yang memudahkan udara masuk, sokongan bantal yang melengkung pada bahagia tumit dengan kemasan tapak getah.
Di samping itu, reka bentuk yang selesa dipakai dan tapak luar yang ringan serta tidak mudah licin.
Dengan lapik dalam anti bakteria yang mengandungi tiga titik pemantulan yang mengurangkan kesan lonjakan serta permukaan yang lembut dan fleksibel ia adalah pilihan yang sesuai untuk aktiviti kasual dan bersukan.
Pengarah Pemasaran LARRIE Corporation (M) Sdn Bhd, Lenson Chong berkata, koleksi baharu tersebut membantu wanita di luar sana yang ingin kelihatan lebih tinggi untuk pelbagai tujuan sambil menjaga kesihatan kaki mereka.
“LA+2cm sangat selesa dipakai walaupun ditambah dengan ketinggian tambahan. Pada masa sama, Larrie tetap menawarkan harga yang berpatutan untuk para peminat yang menggemari kasut kasual ini.
“Koleksi tersebut juga ditampilkan dalam tujuh warna iaitu putih, hitam, ungu, hijau gelap, coklat khaki, kelabu dan maroon," ujar beliau ketika ditemui di majlis perasmian di cawangan LARRIE, Alamanda, Putrajaya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang