Sunsilk tampil varian baharu Smooth & Shine

No Image Caption
A
A
A

BUAT julung kalinya, Sunsilk, jenama penjagaan rambut terkemuka oleh Unilever, dengan kerjasama Watsons Malaysia teruja membawakan era baharu dalam rangkaian Sunsilk Natural Bio Active dengan memperkenalkan bahan super Minyak Moringa.

Dua varian baharu rangkaian Sunsilk Natural Bio Active ialah koleksi Sunsilk Natural Smooth & Shine yang diperkaya dengan 100 peratus ekstrak bunga ros dan pic asli, serta koleksi Sunsilk Natural Long Hair yang mengandungi 100 peratus protein tumbuhan semulajadi dan ekstrak oat.

Keistimewaan varian baharu ini terletak pada kehadiran Minyak Moringa, yang terkenal sebagai sumber vitamin utama untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

Kaya dengan nutrien antioksidan seperti Vitamin C, A, B, E, dan Zink, minyak moringa menggalakkan penghasilan keratin, menguatkan folikel rambut, dan meningkatkan kesihatan rambut.

No Image Caption

No Image Caption

Bersempena dengan pelancaran rangkaian terbaharu itu, Sunsilk teruja untuk menganjurkan Peraduan Sunsilk Miracle Care. Para peserta berpeluang memenangi pelbagai hadiah yang menarik, termasuk percutian untuk dua orang ke Jepun.

Dari 1 Julai hingga 31 Ogos 2024, pembelian mana-mana produk Sunsilk dari Watsons Malaysia, di kedai atau dalam talian, akan dilayakkan untuk menyertai peraduan ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang