Duta selebriti bantu Amber tembusi pasaran serantau, Singapura jadi destinasi pertama

No Image Caption
A
A
A

PENGARUH enam duta selebriti jenama Amber di bawah rangkaian perniagaan Usanita Sdn Bhd terbukti membawa impak besar apabila jenama itu semakin dikenali di peringkat antarabangsa. Kejayaan ini semakin terserlah selepas Amber berjaya menembusi pasaran Singapura melalui penyertaan di pesta raya CelebFest baru-baru ini.

Barisan duta terkenal yang terdiri daripada Fattah Amin, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Nora Danish, Aina Abdul, dan Sophia Albarakbah menjadi faktor utama kejayaan Amber dalam menarik perhatian pembeli dan peminat di luar Malaysia. Kehadiran mereka bukan sahaja menarik minat pengguna baharu tetapi juga memperkukuhkan imej jenama Amber sebagai satu jenama fesyen premium di rantau ini.

No Image Caption

Menurut Pengurus Pembangunan Perniagaan Usanita, Shafiq Ikhwan, pemilihan keenam-enam duta ini adalah langkah yang tepat kerana mereka memiliki pengaruh besar yang mampu membantu membangunkan jenama Amber di peringkat lebih luas.

“Kami percaya pemilihan keenam-enam duta ini sangat tepat kerana mereka bukan sahaja mempunyai pengaruh besar, tetapi turut membantu membangunkan jenama Amber. Kehadiran mereka telah meningkatkan permintaan terhadap koleksi Romantics Raya tahun ini,” katanya.

Tambahnya lagi, kolaborasi bersama selebriti terkenal terbukti memberi impak positif terhadap jenama Amber, sekali gus membuka lebih banyak peluang untuk berkembang ke luar negara.

“Pengaruh selebriti dalam dunia fesyen sememangnya tidak boleh disangkal. Mereka bukan sahaja menjadi inspirasi kepada peminat, malah berjaya menjadikan Amber semakin dikenali ramai di Malaysia dan luar negara.

“Kami melihat perkembangan ini sebagai satu kejayaan besar dan akan terus bekerjasama dengan ikon-ikon berpengaruh bagi memperkukuhkan jenama Amber di pasaran serantau,” jelasnya.

No Image Caption

Jadi Tumpuan di CelebFest

CelebFest yang berlangsung selama tiga hari di Pusat Konvensyen Suntec City adalah antara festival membeli-belah terbesar menjelang Aidilfitri. Acara ini menghimpunkan jenama terkenal serta selebriti dari Malaysia, Singapura, dan Brunei, menjadikannya platform yang sangat berprestij bagi jenama seperti Amber.

Sebagai penaja utama acara tersebut, Usanita Sdn Bhd berjaya menarik perhatian pengunjung menerusi jenama fesyen Amber yang menampilkan koleksi istimewa Romantics Raya tahun ini. Sambutan luar biasa daripada pengunjung Singapura membuktikan keupayaan Amber untuk bersaing di pasaran antarabangsa.

Menurut Shafiq, penyertaan di CelebFest bukan sekadar peluang jualan, tetapi juga satu langkah strategik dalam memperkukuhkan kehadiran jenama Amber di peringkat antarabangsa.

No Image Caption

“Usanita sangat bangga dapat menjadi sebahagian daripada CelebFest kerana festival ini bukan sekadar acara jualan biasa. Ia merupakan perhimpunan jenama terkenal, selebriti, serta usahawan hebat dari rantau ini.

“Di sinilah peluang untuk kita bukan sahaja berniaga, tetapi juga berkongsi inspirasi, membina jaringan, dan memperkukuhkan hubungan serantau,” tambahnya.

Dengan kejayaan ini, Usanita optimis untuk terus membawa jenama Amber ke peringkat lebih tinggi, sekaligus memperluaskan pengaruhnya di luar Malaysia melalui kerjasama strategik dengan selebriti berpengaruh.

No Image Caption

Kejayaan berkenaan menjadi pemangkin kepada jenama tempatan lain untuk lebih berani menembusi pasaran luar negara, sekali gus mengharumkan nama industri fesyen Malaysia di persada dunia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang