Sentuhan magis 20 tahun Leslie Variyan dalam dunia fesyen, angkat elemen tradisi dalam gaya mewah Variante
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/17/thumbs/900x900/3012120.jpg)
MENELUSURI jejak langkah selama dua dekad dalam industri fesyen, Variante terus gah sebagai satu jenama yang mengangkat keunikan warisan budaya dalam setiap helaian yang dihasilkan.
Di bawah naungan pengasasnya, Leslie Variyan, label itu menyulam elemen tradisional dengan sentuhan moden yang penuh magis, menjadikannya pilihan utama bagi pencinta fesyen berkualiti tinggi.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/17/3012067.jpg)
Sejak ditubuhkan pada Januari 2005, Variante berkembang pesat dan kini menjadi jenama fesyen yang disegani. Setiap helaian yang dihasilkan bukan sekadar pakaian, tetapi satu karya seni yang menonjolkan kehalusan seni songket dan batik yang diberi nafas baharu melalui rekaan eksklusif.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/17/3012071.jpg)
“Saiz standard kami bermula dari 36 hingga 44 (kecil hingga XXL), memastikan padanan yang sesuai untuk ramai. Untuk mereka yang memerlukan ruang tambahan, kami menawarkan koleksi saiz bebas yang selesa sehingga saiz 48 (XXXL),” kongsi Leslie yang juga Pengarah Urusan Variante.
Berkongsi lanjut koleksi raya kali ini, beliau menampilkan 100 rekaan eksklusif.
“Untuk tahun ini, Variante mengetengahkan konsep Refined Heritage, yang menggabungkan elemen klasik dalam potongan kontemporari.
“Kami mengambil inspirasi daripada busana tradisional seperti kebaya dan kurung, tetapi diberikan nafas baharu melalui struktur yang lebih moden dan versatil.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/17/3012070.jpg)
“Ini mencerminkan keseimbangan antara tradisi dan gaya urban yang semakin digemari oleh pelanggan,” ujarnya yang memilih rona alam semula jadi, termasuk palet lembut seperti sage green, dusty rose, dan champagne beige yang memberikan rasa tenang dan sophisticated.
Warna trend
Diminta mengulas tentang warna pilihan tahun ini, Leslie dengan penuh yakin berkongsi pandangannya bahawa trend fesyen terbaik adalah apabila pakaian itu membuat pelanggan bersedia untuk berbelanja dan warna trend pula bergantung kepada pilihan mereka sendiri.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/17/3012069.jpg)
“Bagi saya, trend dunia hanyalah sebagai rujukan. Apa yang lebih penting adalah mencari keseimbangan antara arus trend dan permintaan pelanggan,” ujarnya.
Selain itu, Variante juga giat merancang koleksi baharu berteraskan elemen kelestarian.
Ini selaras dengan komitmen mereka dalam mengangkat fesyen mesra alam tanpa mengorbankan keanggunan dan keselesaan.
Pada masa sama, label itu menampilkan gabungan corak, warna, dan potongan yang sempurna, menghasilkan pakaian yang mudah dipadankan dari kerja ke majlis hingga masa santai.
Setiap helaian direka dengan kepelbagaian sebagai keutamaan.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/17/3012068.jpg)
“Hanya tukar atau tambah aksesori untuk mengubah penampilan anda.
“Contohnya, blaus kurung tanda tangan kami boleh digayakan dengan skirt polos atau seluar berpotongan rapi, memastikan gaya yang halus dan serba boleh.
“Diperbuat daripada fabrik lembut dan selesa yang mudah dijaga dan tahan kedutan, rekaan kami sesuai untuk mereka yang sentiasa bergerak,” kongsi beliau lagi.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/17/3012072.jpg)
Selain kempen pemasaran yang lebih interaktif, kolaboratif bersama individu berpengaruh dalam industri fesyen, pihaknya turut mengadakan promosi istimewa kepada pelanggan setia untuk memberikan pengalaman membeli yang lebih mengujakan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang