GINTELL perkenal Kerusi Urut S9 MAXX & Mesin Leher Stitch edisi terhad

No Image Caption
A
A
A

GINTELL, jenama terkemuka dalam penjagaan kesihatan dan kecergasan di Malaysia, baru-baru ini memperkenalkan produk terbaharu mereka. 

Dari kerusi urut canggih hingga mesin urut leher edisi terhad, majlis ini turut diserikan dengan elemen Disney dan Marvel yang pasti memikat hati pengunjung dari semua peringkat usia.

Acara dimulakan dengan ucapan mesra pengacara majlis, diikuti tayangan video eksklusif memperlihatkan kerjasama istimewa GINTELL × Disney. 

No Image Caption

Selepas itu, para tetamu berpeluang menyaksikan perasmian Kerusi Urut S9 MAXX, diikuti demonstrasi video khas yang menonjolkan kelebihan teknologi AI-ROVOTM dengan 8 program regangan AI-Yoga. 

Bebola urutan 4D pada kerusi ini menyesuaikan diri secara automatik mengikut postur tubuh, dengan protrusi ±15 cm untuk urutan mendalam dan tepat.

No Image Caption

Pada majlis sama, jenama berkenaan mengumumkan pemenang GINTELL Parent’s Day Grand Giveaway Finale, yang mana 10 finalis membawa pulang kerusi urut dan treadmill, manakala seorang pemenang utama memandu pulang kereta EV BYD Sealion 7. Peraduan tersebut berlangsung dari 1 Mei hingga 31 Julai lalu.

Dalam majlia yang sama, Mesin Urut Leher Terhad Stitch GINTELL turut dilancarkan. Tidak ketinggalan, pengunjung dapat menikmati pameran khas Disney & Marvel, mencuba kerusi urut edisi terhad, mesin urut mudah alih Mickey & Minnie Mouse, menebus keychain edisi terhad, serta bergambar di ruang pameran “Instagram-worthy” yang penuh warna dan tema kegemaran ramai.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang