Magnum perkenal dua perisa baharu

No Image Caption
A
A
A

MAGNUM, peneraju aiskrim terkemuka teruja mempersembahkan inovasi terbaharunya Magnum Mango Yoghurt Parfait dan Magnum Chocolate Luxe yang telah dilancarkan di Boathouse pada 30 Oktober lalu.

Kedua-dua keluaran baharu itu membawa detik indah yang berterusan, tidak kira pada waktu siang yang gemilang mahupun malam yang memukau.

Magnum Mango Yoghurt Parfait menyatukan aiskrim yoghurt yang lemak berkrim dengan sos mangga yang memikat, disaluti lapisan coklat putih yang tebal bersama crumbles vanila yang rangup.

No Image Caption

Sementara itu, Magnum Chocolate Luxe mewakili kenikmatan sejati, dan direka khas untuk memuaskan keinginan manis anda terutama pada larut malam. Aiskrim coklat yang mewah, disertakan dengan pusaran sos coklat yang lazat, dan dilapisi coklat belgium yang tebal serta kepingan biskut mentega rangup, menjadikan setiap kunyahan letusan rasa yang hebat. Aiskrim ini menyerlahkan komitmen teguh Magnum terhadap seni kulinari dan kualiti.

Menurut Pengurus Besar Aiskrim untuk Unilever Malaysia dan Singapura, Maggie Tay, pihaknya sentiasa mengangkat seni kenikmatan dengan mencipta pengalaman aiskrim yang unik.

No Image Caption

"Berinspirasikan kontras antara siang dan malam, Magnum Mango Yoghurt Parfait dan Magnum Chocolate Luxe bukan sekadar aiskrim biasa, ia menawarkan pengalaman kenikmatan yang sofistikated,” kata beliau.

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati Magnum Mango Yoghurt Parfait dan Magnum Chocolate Luxe, kini boleh didapati di pasar mini, pasar raya, kedai serbaneka, stesen petrol, dan platform e-dagang di seluruh negara.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang