Rasa sakit tapak kaki lepas bangun tidur, rupanya petanda berat badan meningkat.  Apa pula kaitan dengan kalsium? Elak berterusan, ikut tip ini!

No Image Caption
A
A
A

PERNAH tak berdepan dengan keadaan bila bangun pagi nak berdiri, tapak kaki terasa sakit apabila pijak lantai? Kadangkala sampai tidak boleh berjalan kerana terlampau sakit. Jika duduk dan tunggu dalam tempoh lama sedikit, baru hilang.

Keadaan ini berkaitan dengan penyakit radang fascia plantar kaki disebabkan oleh pemendapan kalsium pada tulang tumit dan tisu fascia yang dikenali sebagai heel spur atau tulang baru yang tumbuh bawah tulang tumit.

Rasa sakit ini sering terjadi pada mereka yang berat badan sudah mula meningkat, bekerja berdiri dalam tempoh lama atau berjala lama, berumur 40 tahun ke atas dan mereka yang memakai kasut tumit tinggi.

Bagi mereka yang mengalaminya, anda tidak boleh membiarkan penyakit ini berterusan. Ini bagi mengelakkan anda mempunyai masalah berjalan atau mula mereka ke sakit lutut, pinggul dan tulang belakang.

Oleh itu, memetik perkongsian Public Health Malaysia, terdapat beberapa cara yang sesuai untuk mengurangkan rasa sakit ini tanpa pengambilan sebarang ubat-ubatan atau pembedahan. Antaranya :-

1. Cengkam objek menggunakan jari kaki.

No Image Caption



2. Senaman lengkukkan tapak kaki.

No Image Caption



3. Aktiviti kerutkan tuala menggunakan kaki.

No Image Caption



4. Jinjit kaki tiga kali dalam satu masa selama beberapa saat. Lakukan 10 kali sehari.

No Image Caption



5. Jalan jinjit beberapa minit sehari.

No Image Caption



6. Berdiri sebelah kaki selama 5 minit. Lakukan dua kali sehari.

No Image Caption



7. Gulingkan benda bulat menggunakan tapak kaki.

No Image Caption



8. Tarik kaki menggunakan tuala.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



Dalam pada itu, bagi mengelakkan perkara ini terus berlaku dengan teruk, perkara yang anda boleh lakukan seperti:-

- Berehat dari berlari atau berjalan

- lakukan regangan otot kaki sebelum tidur

- Bersenam dengan berenang atau berbasikal

- beli kasut baru lebih lembut dan besar

- Kurangkan pemakaian kasut tumit tinggi



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang